Sunday, June 19, 2011

AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI

Aku rindu lagi lelaki itu. Bila nampak je segmen En. Ben pasal Ayah, terus cepat je aku nak join. Banyak yang aku nak kongsikan dan abadikan dalam blog ini.


Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak strict. Banyak disiplin yang bapak aku terapkan dalam kehidupan aku adik-beradik. Sedari kecil, perkara pertama yang ayah ajar, kena pandai mengaji. Kalau tak reti nak mengaji, macam mana nak pandai bacaan dalam solat kan? Ayah mula ajarkan aku dan adik beradikku mengaji seawal 6 tahun. Mungkin ada yang cakap lewat, tapi bagi aku, itu dah cukup awal. Berbekalkan lampu pelita, ayah mengajar kami mengaji. Bila hidup dah senang sikit, ayah belikan lampu gasoline. Jadi rumah lebih terang dan anak-anak jiran mula belajar ngaji dengan ayah. Ya dulu hidup keluarga aku memang agak susah. Jauh benar dengan hidup sekarang.

Kalau orang lain bila malam boleh bersenang-senang menonton tv. Tapi tidak aku dan adik beradikku. Kalau nak tengok tv, kena guna bateri yang di cas yang disambungkan ke tv. Tapi nak tengok tv tak boleh lama-lama. Sampai pukul 8 malam je. Dan cerita favourite aku dan adik beradikku adalah cerita cina tv 2. Pukul 9 malam dah kena tidur walupun hati meronta-ronta nak tengok Mega Movie. Kadang-kadang kami nakal jugak. Kalau ayah aku tengah tengok tv, kami curi-curi tengok dari balik pintu balik. Dan kalau ayah aku perasan, cepat-cepat kami baring dan pura-pura tidur. Mana nak nampak kan? Bukan ada cahaya yang menerangi seluruh rumah. Yang ada cuma lampu pelita dan lampu gasoline. Itu pun lampu gasoline selalu ayah tutup awal untuk berjimat dengan minyak tanah.

Hari-hari balik kerja, ayah aku akan belikan news paper dan buah pisang. Hari-hari kami adik beradik kena baca news paper sebab ayah aku nak kami rajin membaca. Walaupun agak susah, tapi rumah aku sangat banyak bahan bacaan. Di mana-mana kalau ayah pergi travelling, dia akan belikan kami adik beradik sebuah buku seorang. Itu ayah., Almarinya penuh dengan buku. Cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Dia antara anak muda sarawak yang dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan diberikan biasiswa. Namun atas kesempitan duit masa remajanya, duit biasiswa yang ada ayah habiskan untuk menyara keluarganya di kampung. Ayah anak ke dua. Tapi olahnya macam dia anak sulung.

Hari-hari memang ayah suruh kami adik beradik makan pisang. Katanya baik untuk sistem penghadaman. Memang betul. Lebih dari itu sebabnya ayah tak mampu nak belikan buah yang mahal-mahal untuk kami adik beradik. Bayangkan 5 orang anak yang semuanya belajar dan perlukan belanja yang besar kan. Mujur ibu bekerja juga.

Ayah biasanya tak bagi kami adik beradik main di luar rumah. Mandi hujan tak boleh. Pergi rumah kawan-kawan tak boleh. Kalau lelaki nak call rumah tak boleh. Banyak yang ayah sekat. Tapi semua iu kami nampak himahnya. Mula-mula memberontak jugak. Yerla.. budak lagi kan. Tapi sebenarnya niat ayah baik. Dia nak anak-anaknya fokus dan tidak lalai dengan dunia luar. Dan bila aku fikir balik, ayah memang sangat menjaga amanah Allah padaNya.

Besar harapan ayah untuk kami adik beradik. Ayah walaupun nampak strict, tapi dialah motivator hebat., Ada-ada je cerita motivasinya buat kami adik beradik semangat nak belajar. Besar harapan ayah untuk melihat kami adik beradik menjadi orang berjaya. Dan alhamdulillah, semua anak-anak ayah berjaya. Kalaulah ayah masih hidup.

Bertahun berlalu, tapi ayah sentiasa dalam ingatan kami. Dan hari ini kami sambut hari bapa dengan kenduri arwah ayah yang telah lama pergi. Khas untuk ayah, doa kami tidak pernah putus untuk ayah. Ayah sentiasa di hati kami. Moga ayah bahagia di sana, Moga ayah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang di sisi Rasulullah S.A.W.

Untuk Cikgu Erol, En. Labu-labi dan semua kaum ayah di luar, moga menjadi ayah yang bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

7 kata-kata jiwang:

erolnukman said... BALAS

sob..sob..sob...sedih kmk..=P

"Kalau nak tengok tv, kena guna bateri yang di cas yang disambungkan ke tv"<--kita serupa..bila batteri ya dah nak weak,view tv jadi kecik..hehehe...

ktk dah baca novel laskar pelangi sik?dgr cerita ktk tringat laskar pelangi..=)

Amni said... BALAS

dear cikgu erol,
aiee.. Sik sangka ada urg sama juak makey tv kedak ya.. Hahahaha.. Sedih ow bila pikir balit eh.. Nektok dah berastro.. Hp canggih.. Yerrr... Bila terkenang masa susah, sedihnya laa.. Nak makan pun susah.. Huu.. Ada hikmah.. Hee..

Ada mek dengar, tp sik pernah baca. Hujung minggu tok mek carik. Mun sik, esok ka. Sanggup. Dah berapa urg suggest kmk baca novel ya aiee... Dah tajuk novel, lagu mirul salu nyanyi.. Yerr.. Hehe

kata kila said... BALAS

insyaallah. doa ko termakbul, jangan lupa arwah sampai bila2 walaupun sedetik ye :)

Lulu Caldina said... BALAS

takziah, al-fatihah..

lulu datang baca kisah kamu..

erolnukman said... BALAS

aok..nang best buku ya.kmk bukan pminat novel jd trjebak skejap bila baca buku ya..karya2 andrea hirata.nang best...serius best.hehehe...lepas laskar pelang,ada sambungan Sang Pemimpi. Pasya Edensor...last sekali Maryamah Karpov..=) Promot...hehehehe

pRiNCe said... BALAS

prince dtg membaca kisah ayah awk..:)
selamat hari bapa...
lau prince nak bagi rm50 awk nak x?

http://www.prince91.com/2011/06/contest-anda-bagi-gambar-prince-bagi.html

Amni said... BALAS

dear kila,
thank u.. Insha allah aku tak lupa... =)

dear lulu,
thanks dear.. T terjah blog awak balik eh...

Dear cikgu erol,
mena lah? Wahhh... Kmk sebenarnya dah lamak sik layan novel.. Sbb even kmk jiwang2 kat blog pun, kmk susah nak layan novel jiwang kecuali mun penulisannya bagus macam habiburrahman (kang abid) and ramlee awang mursyid. Nak lain, masa sekolah ada lah layan.. Bah, mun mena bagus buku ya, confirm kmk jadi pengikut setia juak.. Hehe.. Carik mek esok mun mek sempat..

Dear prince,
thank u.. T saya tgk k.. =)

Newer Post Older Post Home