Friday, June 3, 2011

Budak Dulu Dan Sekarang Berbeza

Tadi masa berjalan ke blog -blog yang aku follow, terbaca pasal review budak 14 tahun tu. Semua orang tauk kot kes dia. Aku terklik link dia secara tak sengaja. Macam-macam orang cakap pasal dia eh? Siap ada fan page lagi. Kalau ada nuffnang kat blog dia, sure banyak BE dia dapat. Serius ramai giler follower dia. Kadang aku cam pelik. Ramai giler yang kutuk dia, tapi nak jugak follow dia. Apa sebenarnya orang nak eh?

Budak dulu dan budak sekarang tak sama. Dulu umur 14 tahun masih main batu seremban, main getah dan entah apa-apa lagi. Couple? Jauh sekali. Sangat naif. Tak terfikir nak couple. Diakui jugak aku tak hot pun macam budak tu. Agak-agak kalau aku hot macam dia, apa aku buat eh? Entah! Allah cipta kita sesuai dengan kudrat kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan Dia tahu sejauh mana kita mampu bertahan.

Kesian dengan budak tu. Aku bukan sebelahkan dia cuma aku rasa terkilan bila ada yang melampau menghambur kata kesat, mengutuk dia sana sini. Kalau kita buat macam tu, bukan kita dapat apa pun kan? Dapat saham dosa lagi la kan? Dia baru 14 tahun kot. 14 tahun panjang mana je la kan akalnya? Nampak macam matang, tapi akalnya belum tentu kan?

Mudah-mudahan ada yang dekat dengan dia yang boleh membantunya berubah untuk menjadi insan yang lebih baik. Pada aku, kita tak boleh nak judge dia terlalu awal. Kita tak tau apa masalah dia sebenarnya jadi macam gitu kan? Alangkan yang ada didikan agama yang sempurna pun boleh tergelincir. Inikan pula kalau didikan agamanya kurang kan? Aku tak maksudkan dia tak de didikan agama ya.

Bagilah dia peluang untuk berubah. Bagi dia galakan, bukan kutukan. Kerana kutukan takkan membina seorang individu menjadi insan.

Apapun, happy birthday adik!

P/s ; belum tentu kita lebih mulia dari orang yang kita kutuk. Peace!

5 kata-kata jiwang:

Mek Onie said... BALAS

ishhh,paknil hape,hahaha! yup,belum tentu orang yang kutuk dia tu sempurna seratus peresen ! tah2 dia lagi mulia dari yang kutuk,mana tau kan, pape pon...bia jela,kisah lepaskan ^__^

ape2 jer said... BALAS

gud !
1st time aku tgk org review psl budak tu tp tak kutuk hehe

satu jari tunjuk kt org 4 jari lagi tunjuk kt diri sendirikan..haih tak baik mengata takut satu hari tuhan nk tunjuk kena lak btg idong sendiri. pada aku la

ezy.fia said... BALAS

t'tnye2 gak..
pe motif sebnrnye org follow blog die..
mybe la nk tau bdk 2 apdet ape..
pastu nk hentam la bdk 2..
huhu,,
macam2..

.drakula. said... BALAS

ada yang faham ada yang tidak...

[sutera kasih] said... BALAS

yala tek..bknkah entry ya taun lps?ntah sapalah mencetus semula & menghebahkannya..kmk ada baca juak..susah2..miak nektok lain bah..kmk pun ada adik, lain type miak nektok..sabar jak lah :)

Newer Post Older Post Home