Wednesday, June 8, 2011

Bukan Senang Nak Mulakan

Baru tengok iklan pasal final akademi fantasia. 12 jun tu hari ahad yer? Ingatkan hari sabtu. Alahaii... Esok 9 jun, birthday mak aku. Belum ready apa-apa lagi nak bagi apa. Tapi aku dan adik beradik yang lain dah plan nak buat surprise untuk mak aku. Juga dah plan nak belikan apa. Sekali-sekala buat mak tersenyum senang, sangat membahagiakan.

Ramai yang cakap tak reti guna twitter. Ada jugak tanya macam mana la aku boleh in love sangat dengan twitter. Sekarang ni, semua geng kat office dah terjebak dengan twitter. Ha.. Senang! Kalau nak apa-apa, tweet aje. Bil hp aku pun dah tak semahal dulu dah sebab layan twitter ni.

Aku dah lama ada twitter. Tapi sama la macam reason yang lain, aku tak reti nak guna. Sebab tu malas nak aktif. Tapi, bila kamu pun register twitter hari tu, aku terus aktif. Tambah-tambah lagi ramai jugak blogger melepak di twitter. Seronok sebab dapat kenal lebih rapat dengan blogger yang ada. Apa-apa tweet je. Kalau kat blog ni, limited sikit kan kalau nak kenal dengan lebih rapat.

Cara nak main twitter senang je. 1st, sign up bagi yang belum ada acc. Yang dah ada, log in macam biasa.. Lepas tu, follow orang yang kita nak interaksi tu.

Contoh kalau follow aku. Nama aku guna Amni_Amirul. Lepas follow tu, awak boleh tengok apa je status aku. Kalau nak berinteraksi dengan aku, just klik reply dan type apa awak nak cakap. Retweet plak fungsi nya macam like. Kalau awak suka status saya, awak just perlu retweet je.

Twitter ni lebih privacy. Tak macam facebook. Nak cakap apa, semua orang yang dalam frienlist kita boleh nampak kan. Kalau twitter, status2 yang lama, orang dah tak boleh tengok dah sebab dalam satu-satu masa banyak sangat status kita buat dan maybe reply kat orang kan. Yang lama automaticly dah tak ingat dah.

Kalau awak nak privacy, awak boleh privatekan acc awak kat bahagian setting. Dengan itu, orang kena dapatkan permission awak kalau nak follow. Cuma yang awak approve untuk follow awak je dapat tengok status awak.

Awak boleh follow orang dan unfollow. Sama macam blog jugak. Ada sikit implimentasi facebook jugak.

Cubalah! Bila dah guna twitter ni, serius aku rasa macam lebih rapat je ngan orang yang kita follow tu. Yeah! Cuba, jangan tak cuba. Nampak cam susah. Tp bila dah try, sebenarnya, tak de la susah mana.

P/s ; rose, aku takut nak jumpa doktor. Harap-harap tak de la sampai kena denggi. Adoii... Terima kasih kwn yang mendoakan.

11 kata-kata jiwang:

Hanis MY said... BALAS

really? wahh akak sig up skrg jugak nantikan akak add amni okies..thanks dear....hugs!

nabilah_2908 said... BALAS

ooo....mcm tu ke..?

sy pun ada twitter...dah berzaman kot...tp tk reti guna... ;)

bila baca cerita Amni..macam best la pulak.. :)

habsahharun said... BALAS

samalah...

dah ada twitter lama dah..tp malangnya kawan2 tak aktif twitter pon :(

Mawar Berduri said... BALAS

ada twitter tapi malas nak main.. huhu..

SEN said... BALAS

best2.. ehe :P

zati embong said... BALAS

jat ada buat.tp xreti guna.password pn da lupa.huhu

da fikir belum hadiah apa nk bg?hihi.jat bagi set pisau seramik.hihi.smpai skrg ma simpan x guna2.huhu

Aisyah Aina said... BALAS

nak buat twitter tapi tengok macam susah...
bila dah terangkan macam senang pulak :D

white rose said... BALAS

tweet, tweet, tweet...
hahaha...

amni, rindu sama kamu doh...

ape? kamu demam?
sila ikut cakap rose tu

Anonymous said... BALAS

yup betul2.. klu tweet byk je bleh borak. klu kt fb tu mcm open sgt nk komen2, segan org baca :) btw seronok tweet ngan amni!

Amni said... BALAS

Dear all,
thank u... hikhik.. jum la ramai-ramai main twitter. lagi ramai lagi best sebenarnya..

Ustazah rose,
aku rindu akak jugk..

nabilah, kak hanis,
terima kasih dah start twitter.. mari kita mengaktifkan diri.. ahaks...

Zura You,
hahahaha... sy pun suka tweet ngan awak... memang segan kalau kat fb.. semua leh baca kan? tak de privacy.. huhu

Amni said... BALAS

Dear all,
thank u... hikhik.. jum la ramai-ramai main twitter. lagi ramai lagi best sebenarnya..

Ustazah rose,
aku rindu akak jugk..

nabilah, kak hanis,
terima kasih dah start twitter.. mari kita mengaktifkan diri.. ahaks...

Zura You,
hahahaha... sy pun suka tweet ngan awak... memang segan kalau kat fb.. semua leh baca kan? tak de privacy.. huhu

Newer Post Older Post Home