Monday, June 20, 2011

Cakap Orang, Tapi Kalau Dia Tak Pe Pulak

Kamu, ini entri penuh emosi. Jangan baca kalau cepat terasa tau! Dah berapa kali jadi macam gini. Kalau ikutkan hati, nak je tibai je. Amboiii! Macam berani sangat la kan?

Aku geram dengan pemandu yang sangat 'berhemah'. Hari tu masa aku di lane kanan kat jalan area hospital normah yang jalannya lurus je tu, tiba-tiba ada kereta dari kiri nak masuk kat belah kanan secara mendadak tanpa signal potong depan aku. Dah la masa tu aku ngah press minyak. Giler ah! Nyaris depan kereta aku nak kena bontot kereta dia. Kalau kena? Kan aku yang dipersalahkan sebab aku dari belakang yang langgar dia kan? Dan kalau kena, enjin kereta aku la mampus sebab masa tu aku tengah press minyak. Kalau kena, sure hentaman dia akan kuat. Terus aku hon kuatttt.. Agaknya dia terkejut, terus masuk lane kiri. Geram tau!

Tadi plak, masa kat padungan, berdepan dengan public mutual, jalan lurus jugak, tiba-tiba ada satu kereta besar ni dari lane sebelah kanan, baikkkkk punya tanpa signal terus masuk lane aku di sebelah kiri, himpit kereta aku. Ya allah, memang rasa nak mencarut je masa tu. Tengok-tengok driver tu lelaki cina, tua. Boleh tahan lagi la. Sekali okey kot. Lepas tu, dia buat hal lagi, dari sebelah kiri terus masuk ke kanan tanpa signal. Dah lah banyak kereta kat belakang yang laju-laju.Haihhhhh! Boleh tak berhemah sket. Kang orang langgar pakcik, pakcik jugak yang marah kan?

Sakit hati tau kalau kat jalan jumpa orang macam gitu. Tadi kat jalan normah yang lurus tu plak, ada sebuah kereta ni, giler slow bawak kereta, tapi nak juga stay lane kanan. Ingatkan banyak la kereta kat depan dia. Rupanya satu pun tarak! Ishh! Aku yang bawak cuma 60 km ni pun boleh potong dia dari lane kiri. Bayangkan betapa slownya dia bawak kereta. Lelaki tau! Pelik!

Selalu lelaki kutuk popuan de masalah driving kan? Tapi pada aku, semuanya bergantung ngan sikap. Kalau nak buat hal kat jalan, laki popuan, sama je.


P/s : Kalau emosi aku tak stabil, sure aku tak kisah langgar kereta dorang tu. Asal kan hati aku puas. Nasib baik mood aku baik.

6 kata-kata jiwang:

miss A said... BALAS

biasa lah ya huhu cara org kinek tok huhu.. p ya lah molah kmek takut mok amik lesen kreta huhuhu

Anne said... BALAS

hehe...sabar jak dik, kmk pun kdg2 geram juak dgn sidak pemandu sik berhemah tok.

[sutera kasih] said... BALAS

huhu..take care driving ya dear..kdg2 kita hati2 tp org lain sik hati2, susah juak owhh

angahIera said... BALAS

sbb ya x berani nak drive d kuch...mcm nak berlombak jak..hehehe....salam ukhwah dari geng blogger swk...

xsabar nak baca entry pasal sikat aka sunut^^

beautiful_rose said... BALAS

erk,jgn emosi sgt takut aku ko langganr org nant.

ainz said... BALAS

Bukan emosi,tu..semua org alami mslh kat jlnraye..cume malas nak layan je..ain ni hari2 rase cm bertarung ngn nyawa je..naik moto..senang2 je org nak lggar..

Newer Post Older Post Home