Sunday, June 26, 2011

Gathering Blogger Sarawak, 2/2011 : Bowling

Serius letih giler. Dah sejam balik rumah. Rasa nak tidur terus. Tapi belum update lagi pasal bowling tadi. Kalau tak update sekarang, for sure takkan update esok sebab mood nak bercerita tu dah lari.

Yang datang main lebih kurang 16 orang. Termasuk geng 360. Dan kebanyakan nya sebenarnya dari geng 360. Mana perginya geng blogger sarawak yang lain? Alahaiii.. Tak salahkan mereka jugak. Kan patutnya even hari sabtu kan.. Tiba-tiba tukar hari ahad.

Serius aku memang tak reti main bowling. Setakat tikam-tikam tu boleh la. Start game lebih kurang dekat nak 3.30 petang. Masa mula nak baling bola bowling tu kelakar giler. Tak tau nak masukkan jari ikut lubang mana kat bola tu. Serius terkial-kial jugak. Mujur masa tikam tu tak masuk longkang. Macam tak percaya semua pusingan untuk game yang pertama mata agak tinggi untuk orang macam aku yang tak reti main bowling sangat.

Tau-tau untuk game yang pertama,berapa pusingan, aku leading. Harus lelaki-lelaki yang ada rasa tercabar. Almaklum, tiba-tiba perempuan + orang yang tak de skill nak main plak yang leading kan? Errr...Jahat oh! Setiap kali aku main, ada je mereka tu buat nak hilangkan konsentrasi aku. Hampir setiap kali aku nak baling bola bowling tu, hampir semua pay attention. Ambooiiii... Suka je kalau bola aku masuk longkang kan? Kelakar tengok gelagat lelaki vs perempuan. Kaki buli sungguh lelaki-lelaki itu. Kesian perempuan-perempuan.

Lastnya, memang lelaki menang. Aku top 4, dan leading antara perempuan bagi game yang pertama. Harus lelaki menang. Dah la main psyko. Dan dah memang mereka reti main. Siap ada skill lagi. Apalah sangat nak banding ngan aku. Lagi dua orang girls, zahidah dan intan pun ada skill berbanding ngan aku.

Untuk game yang kedua, zahidah plak leading. Tu memang sampai pusingan terakhir untuk game yang ke dua dia leadiang? Aku? Masih lagi ditempat ke empat untuk pusingan yang pertama.

Menang kalah, itu tak penting. Yang penting aku dapat pecah rekod aku sendiri. Game yang pertama dapat 97 mata, game yang kedua, 101 mata. Kumpulan mata yang agak memberangsangkan bagi amatur macam aku, aku kira. Kan? Err... Amik bakul angkat sendiri.

Balik dari bowling, lepak di swee kang. Ada setengah nya terus balik sebab ada urusan. Tapi frussssttt sebab dekat swee kang tak de makanan. ABC pun guna ais besar-besar. Next time memang aku tak makan kat situ lagi. Dah la mangkuk kecik, rojak sikit, tapi mahal plak tu. Mujur encik azahari yang baik hati yang belanja. Murah rezeki. Aminnn..

Happening lepak ngan blogger Sarawak dan geng 360. Next event pleaseeee.... Ya, konsert aizat! Meh ramai-ramai. 16 Julai ya. Take note!



P/s : lagi best kalau kamu ada main bowling tadi. Tapi confirm aku kena buli jugak.
P/s : betul eh penggunaan perkataan leading tu. Aku nak guna perkataan melayu, aku tak terlintas plak perkataannya.
P/s : update dengan mata tutup separauh. Ngantuk..

9 kata-kata jiwang:

ztie said... BALAS

mendahului ok. huhu bestnya. maok juak join eh

[sutera kasih] said... BALAS

besnya ktk org cnun mala gathering huhu jeles! :(

labulabi said... BALAS

err gambar xda ka.mok juak nangga gambar.hihi.

Unknown said... BALAS

aie..kenak x ngajak kmk..hehe..kmk nang kaki boling aie..huhuhu..len kali mun ada gk,padah laju2 ngan kmk k

Cik Amni said... BALAS

Dear ztie,
ohhhhh! mena juak... hahahha...

Dear SK,
kelak k....sama2.. heheh..

Dear Encik Labulabi,
gambar sidak belum upload..ajdi kamek instant jak ya... sikpat nak kah gambar lok.. hehhe...

Dear Kak bui,
aiee... mena kah kak? kelak kk... harusssss1

zahidah dihaz said... BALAS

sik puas main dua game....rasa mok sambung gik...next bowling please...hehehehe

Mr. Asada said... BALAS

ingat tek ada gambar.. ney gambar2 nya?

kira hebat jwak dapat point 101 ya mun gik 1st main. hahaha..

SEN said... BALAS

apuu..nadai bisik gambar ditok..

ciK LyndaWawa said... BALAS

aie..mok join boling....ann datang juak ka? best eh....

Newer Post Older Post Home