Tuesday, June 21, 2011

I LOVE U MORE!

Aku perlukan masa untuk luahkan apa yang aku rasa. Tak tau nak mula dari mana. Kerana rasa terharu membaca entri terbaru kamu, masih terkesan kat hati. Malam tadi kamu tipu aku, katanya nak update entri pasal apa jadi seharian semalam. Alih-alih bila keluar kat tweet, tajuk entri, I Love U Amni. Siap kamu buat rose lagi. Macam tau-tau aku suka je aku suka rose.

Pejam celik, hampir 3 tahun, aku dan kamu. Kamu dah boleh sangat memahami aku. Kalau macam ni, kamu tau kenapa, kalau macam tu, kamu tau jugak. Setiap gerak geri bahasa tubuh aku, memek muka aku, nada suara aku, sudah kamu fahami. Apa aku suka, apa aku tak suka, kamu tau. Kamu terima baik aku. Kamu terima buruk aku. Kamu tak pernah merendah-rendahkan aku yang dah sedia rendah.

Bukan senang, bukan mudah nak terima pasangan kita seadanya. Sehari dua, dua tiga bulan, memang semuanya manis kan? Tapi dah naik 6 bulan dan seterusnya, baru kita akan rasa susahnya nak mengekalkan r/ship tu. Macam-macam yang akan kita lalui. Belum masuk fasa bertunang dan berkahwin lagi. Ujian tak pernah putus. Kita lah yang mencorakkannya bagaimana. Allah ada sentiasa bersama kita.

3 tahun pada sesetengah orang mungkin tak lama. Tapi pada aku yang cuma boleh tahan dengan suatu hubungan sebulan ke 3 bulan, buat aku macam tak percaya aku dan kamu dah nak masuk tahun ke 3 dan berada di dalam fasa ke 2. Banyak yang aku dan kamu lalui, banyak juga kata-kata yang hampir-hampir mematahkan semangat. Tapi aku masih berdiri di sini, bersama kamu, dengan doa yang tidak putus-putus untuk kamu dan berharap kehidupan yang lebih baik.

Kamu sangat istimewa di hati aku. Kalau mula-mula tika mana aku melihat kamu, aku cuba nafikan perasaan yang hadir itu. Tapi perasaan tu, dari hari ke hari makin kuat pulak. Sampai satu saat kamu luahkan apa yang kamu rasa, aku cuma anggap kamu main-main. Dan bila rombongan merisik dan majlis bertunang berlangsung, aku masih tak percaya. Macam mana semuanya boleh berjalan dengan begitu lancar?

Hidup baru bermula. Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang aku dan kamu perlu belajar demi masa depan yang lebih bahagia. Aku tak mampu nak sambung ayat seterusnya. Kerana aku tak mampu nak luahkan apa yang aku rasa di hati. Banyak pengorbanan yang kamu lakukan untuk aku sehinggakan kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa istimewanya aku di mata kamu?

Dan aku masih lagi mencari jawapan untuk itu. Jangan kan aku. Kat luar pun mungkin ramai tertanya-tanya, apa lah yang istimewanya sangat kan aku ni? Jangan tanya aku. Tanya tuan punya badan. Itu kamu..

I love u more. I'll will always there for u. Kalau pun sekarang bukan secara jasmaniyyah nya, tapi rohaniahnya, aku sentiasa di sisi kamu. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk kamu, dunia dan akhirat. Sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Sentiasa memohon perlindungan untuk kamu. Kamu tahu itu kan? Yang ada cuma kamu. Akan aku jaga semuanya kerana DIA.

8 kata-kata jiwang:

ainz said... BALAS

Sangat suke tengok korang..sgt jujur dlm hubungan.. :) sy doakan korang berdua bahagia..bersama hingga ke akhir waktu..

Waktu akan berakhir,ke?huuu.. ;)

ztie said... BALAS

ktk tlg mek molah karangan k achie bole? ehehehe

Tina Johari said... BALAS

uwahhh. so sweet! cepat2 gk kawen yaa. jgn tunggu lama2. hihihi

labulabi said... BALAS

kasih sayang x perlukan jawapan.cukuplah dengan senyuman yang ikhlas,kejujuran yang tulus.hehehe.mcm kata nabil"lu pikirlah sendiri".

Amni said... BALAS

Dear ainz,
thank u so much dear...=)

Dear ztie,
molah karangan kedak ney ka? entri tok pun, errrr......

Dear tina,
heee... doa jak k.. hehe..

Dear encik labulabi,
saya mahu kan kepastian.. wakkaka...

Jenny Pa-un said... BALAS

wah sweet eyh hehehe.. suka tga tak duak hehehe :)

nabilah_2908 said... BALAS

tak pernh jemu ikuti love story kamu berdua ni...sweet sngt...

dah baca juga di blog sana..bestnya lagu...!! :)

Dr. Amirah said... BALAS

sama la kita tok..sik tahuk sine specialnya dirik sampe urang boleh tunggu kamek sampe almost 3 tahun...hope its worth it..:)..semoga kekal sampe syurga :)..urang nama amirah@amir tok nang setia kak amni insyaAllah dun worry :)))))

Newer Post Older Post Home