Friday, June 10, 2011

Jangan Terlalu Keras Menilai

Masing-masing ada pendapat masing-masing. Semua pendapat orang betul, cuma tak dapat nak digunakan dalam keadaan dan orang tertentu. Kita tak boleh paksa orang untuk ikut opinion kita dan orang jugak tak boleh nak paksa kita ikut opinion orang. Cumanya, yang baik tu, usaha la untuk ikut.

Sebab tu dalam ilmu kefasilitatoran, seorang fasilitor cuma dianggap pemudah cara, membantu untuk membuka ruang pandangan dari sudut yang berbeza, bukan untuk menyelesaikan masalah seseorang tu.

Aku bukanlah yang terbaik untuk bercakap pasal ni. Cuma terdetik untuk menulis bila membaca entri-entri dan komen-komen yang terlalu keras. Ya. Pandangan kita berbeza. Dan mungkin itu cara mereka. Sama macam aku. Menulis untuk suka-suka, kadang-kadang terbuat orang annoying. Cuma, berusaha untuk menyantuni semua orang.

Latar belakang orang berbeza. Makanya point of view setiap orang memang berbeza. Cumanya, sebolehnya, kalau ada yang buat silap, jangan kita terus nak tegur sana, tegur sini. Nilai dulu. Kadang interpretasi dia tak sama dengan dengan interpretasi kita kan? Bagi peluang.

Aku melalui zaman itu. Nampak je macam salah, terus rasa berkobar-kobar nak betulkan. Rasa diri tahu semua. But at last, aku realise, bercakap memang senang. Tapi, kalau kita dah lalui semuanya, baru kita akan faham kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu.

Jangan terus menghukum. Bagi peluang untuk mereka belajar erti dewasa. Bagi peluang untuk mereka faham erti agama. Bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sakitnya dan belajar untuk bangun menjadi lebih kuat dan matang.

Tak semua benda kita boleh control. Makanya, diam itu lebih baik dari cakap banyak. Belajar untuk mendengar. Bukan menghukum dengan kita sendiri pun ilmu dan pengalaman yang tak tentu lagi cukup luas. Setiap yang berlaku, takkan sama rasa dengan apa yang kita lalui. Jadi? Berusaha untuk lebih memahami.

Adioss..!

P/s: merapu eh? Cukup jiwang tak?

2 kata-kata jiwang:

aliesha kirana said... BALAS

kurang jiwang, tp lebih ke arah motivasi diri..hheeh.. kene muhasabah diri masing2 balik kan..

ikatankasihku said... BALAS

yes, bercakap memang senang, yang lalui saje akan merasa kepayahan nya..yg penting terus usaha hingga jaya....all the best 4 u

Newer Post Older Post Home