Friday, June 17, 2011

Kena Ragut Di Sebelah McD

Kamu, dari semalam sebenarnya mengidam nak makn kat McD. Semua gara-garam game burger yang aku main semalam. Terus kecur liur nak makan burger. Rasanya macam minggu lepas baru je pegi McD. Sejak makan supplement appeton, selera makan aku cam bertambah-tambah plak. Bagus la kan?

Masa ngah cari parking kat area McD, padungan kuching, sebelah Tun Jugah, aku dan as nampak polis macam kecoh semacam je kat kedai bata. Pelik jugak. Kedai bata tu kena rompak ke? Terus keluar lepas dapat parking dan sempat jugak menyibukkan diri mendengar perbualan mangsa dan orang sekitar. .

Mangsa : ada nangga nya berdiri kat tengah-tengah antara kedei bata tok dengan mcd ya. Tapi sik tauk la nya nak molah benda sik bagus. (ada tengok dia berdiri kat tengah-tengah kedai bata ni dengan mcd tu. Tapi tak tau la dia ada niat tak elok)

Orang awam : sok sek sok sek tanya aku tak dengar sangat sebab suara kenderaan sekeliling bising jugak.

Mangsa : sikpa la duit ilang asal ic semua nak lain ya ada. Lepas nya ngambik duit semua, dibuang nya beg duit. Nasib nemu. Syuku juak la.. (takpe duit hilang asalkan ic, dan yang lain-lain masih ada. Dia buang beg duit saya. Tapi nasib baik jumpa balik. Syukur jugak la)

Lepas tu aku dan Asmidar terus ke McD. Bahaya la kat mana-mana sekarang. Memang kena hati-hati. Sejak kamu di KL, memang aku dak keluar sorang-sorang sebab memang tak bagi. Yer la.. Rambut sama hitam. Hati lain-lain kan? Diluar nampak baik. Tapi kalau orang tu ada niat jahat, mana la kita tau kan? Apapun, berhati-hati lebih baik.

P/s : kamu dah update blog.

2 kata-kata jiwang:

Cik Eka said... BALAS

bahayanya kan amni.huhu

amni,trafic eka banyak dr blog amni.tq letak link eka

fLo said... BALAS

yahhh...menjd juak la jenayah d kuch ya...huhuhu...

Newer Post Older Post Home