Dah di rumah pada jam 9.30 malam. Petang tadi, dalam pukul 5.30, staff tV3 kak diana dan kak norliza (pembaca berita kalau tak silap) minta teman pegi beli sandal baru sebab kasut dan sandal dorang rosak. Dah dapat kebenaran dari penyelia, terus chow!
Ingatkan bila dah siap memberli belah kat satok, patah balik, sempat la nak masuk stadium. Tp jalan jem nak masuk. Tau-tau booth dah tutup, jadi cadang nak hantar kak diana dan kak liza ke merdeka palace. Tapi sebab dorang nak dinner kat barok, kpg boyan, kami singgah sana.
Lepas tu, pegi tapau mee kolok goreng kat benteng, satok. Mudah-mudahan mee kolok tu tak menghampakan la kan? Yer laa.. Bukan main suggest kang tak sedap, menyesal orang nak pegi lagi. Tapi aku yakin, tempat tu memang sedap mee kolok dia.
Seronok dapat spend time dengan kak diana dan kak liza. Kalau amni yang dulu, malu tak bertempat, memang tak tau la apa jadi tadi. Yer la.. Takkan dalam keta nak senyap je kan? Wah! Bukan main kau amni. Seperti biasa, orang memang ingat aku bukan orang local. Muka cop Johor. Banyak cakap. Kurang sikit malu aku. Lebih-lebih lagi kakak berdua tu friendly.
Banyak belajar macam mana nak control perasaan malu tu dari kamu. Selalu tengok kamu busking. Even kamu malu, kamu berani nak berdepan dengan orang yang macam-macam ragam. Tadi sangat exited bila disoh pilih apa kerja nak buat. Semangat seyh nak kutip derma. Nak rasa perasaan yang sama macam kamu berdepan dengan orang ramai.
Sekaliiiiii.... Bila dah jumpa crowd yang ramai, segan jugak la nak kutip derma. Kutip derma dan bagi cenderahati pada pengunjung. Nak mula cakap ngan orang tu yang sangat segan. Rasa tebal je muka. Krew-krew lain pun sama. Jadi, nak tak nak, aku kena hadap la kan semua tu.
Jumpa macam-macam orang. Ada yang nak derma untuk tabung bersamamu. Tak kurang jugak yang tak layan. Itu biasa. Cuma aku terkilan. Apa sangat la nak keluarkan sikit duit untuk membantu orang lain berbanding dengan membelah dengan sakannya kan? Seringgit takkan tak de kan? Paling kurang, 20sen takkan tak de. Sedih tengok masyarakat macam gitu. Tidakkah awak tau, awak bagi seringgit, berlipat kali ganda rezeki allah bagi kat awak tau. Haizz...
Dah beberapa lama, perasaan tu dah okey. Makin exites plak. Lagi-lagi bila kamu sangat support aku.
Kamu : sebab tu abg suka b.. Sebab b ni berani nak ke hadapan.
Wahseyh! Berunga hati bila kena puji kamu. Padahal tak de apa apun. Ti aku sambung lagi cerita. Oh ya! Terharu bila ada blogger tegur aku kat booth tadi. Tak sangka dia kenal aku. Suasana yang bising menyebabkan aku tak dengar sangat dia cakap nama apa. Thanks dear. T kalau ada baca entri ni, kenalkan diri tau! *wink*
P/s ; hari ni recording single pertama kamu. Nantikan! Yeah! All the best kamu!
4 kata-kata jiwang:
ohoooo gud luck utk single pertama youuu
ah sy masih pemalu lalalala
wow org kt luar knl amni. best lah. :) pembaca setia tu
jeles dgn blogger yg kenal amni tu sob2 nak ler jugak jumpa amni live huhu...kenapalah tak kenal masa zaman utm dolu2...haishhh... mode tgh termenung ingat kisah utm dulu2 hik2...
Post a Comment