Kamu patut tengok Nora Elena. Macam-macam komen orang geram Nora Elena merajuk lama giler padahal Seth Tan tu dah jadi suami dia kan. Tapi mula-mula dia geram sebab Yvonne tu suka buat cerita sampai staff kat office pun percaya dan mula pandang serong kat Seth Tan kan? Kat sini la laki kena main peranan bersungguh-sungguh. Kau, take note! Er..
Kalau aku pun berada kat situasi Nora Elena, for sure aku pun geram. Bukan sebab senang percaya cakap orang lain, tapi sebab kepercayaan tu belum ada pada lelaki yang asing. Yang tak asing pun aku susah nak percaya, inikan plak kalau yang asing kan?
Mood merajuk susah nak pujuk hari ni mengada. Kamu dah pujuk, tapi aku still tak nak give up. Baik, ramai kawan-kawan menangkan kamu, pujuk aku soh jangan merajuk. Tak nak! Nak merajuk jugak. Bukan selalu. Biasa kalau merajuk pun, kena simpan sebab bila kamu sibuk, aku merajuk, nanti aku makan hati sendiri. Baik makan hati ayam dari merajuk ngan kamu. Kecuali hari ini. Bagila saya peluang merajuk.
Oleh kerana hari ni kamu tak sibuk, aku nak merajuk. Jadi, baik kamu pujuk lagi. Kalau tak, saya nak merajuk lagi. Amboiiii! Tak agak eh? Hahaha.. Sekali-sekala tak boleh eh? Dah lama ka aku tak merajuk? Grr...
Kalau orang lain pegi follow aaron aziz, aku plak follow kak diana, wife dia. Serius aku respect la bini dia. Sangat cool even husband dia ramai giler peminat popuan yang macam-macam ada. Even mungkin ada cemburu, mungkin la kan, dia sangat profesional bila kat public. Oh! Tiba-tiba dia jadi idola aku. Kalau aku jadi dia, mau pengsan aku. Er..
P/s : Asal kamu tahu, kamu selalu bahagiakan aku..
4 kata-kata jiwang:
saleha cantik
:D
kakaka...
majuk bagus untuk kesihatan...
waah...
kak diana yg nak penyabar & sgt memahami kerjaya hubby nya :)
amni. sekali sekala merajuk baik untuk mengukuhkan hubungan..kehkeh..terikut sudah hanie berjiwang dengan amni.haih~~
pssttt..ada link site kak diana wife abg aaron tak.nak follow jugak la..
Post a Comment