Thursday, June 9, 2011

Rasa Nak Nangis


Semalam ke rumah kawan aku sebab dah janji ngan mak dia nak hantar kain tuk buat blous. Almaklum saiz aku ni mana de orang jual blous. Baju kana-kanak tu banyak la saiz aku. Jadi, senang cerita, baik aku tempah je kan. Ikut design dan saiz aku. Memang nak banyakkan blous. Senang nak ke mana-mana. Tak nak la pakai tshirt panjang yang sama berulang kali. Nak dijadikan cerita, mak kawan aku tu tanya pasal kamu,

Mak kawan aku : Amir kat mana sekarang?

Aku : KL lagi makcik.

Mak kawan aku : Belajar lagi ke?

Aku : Dia extend satu tahun. Makcik ada dengar dia masuk rancangan realiti tv?

Mak kawan aku : Iyerrr? Amni bagi pulak yerr?

Aku : Tak bagi pun, kalau dah minat dia, nak buat macam mana kan makcik? Lagipun pada awalnya dia saja ikut kawan je pun. Sekali yang dapat tu, dia, yang kawan tak dapat pulak.

Mak kawan aku : itu namanya rezeki dia.. lagipun dia dah puas hidup susah. Biarlah dia berdikari.

Aku : *terkedu*

Mak kawan aku : Dulu selalu nampak dia jalan kaki dari pangkalan boyan ni ke rumah dia. Kesian. Dah la sangat jauh. Tak de lak orang jemput. Bagus budaknya. Tabah sangat...

Aku : oh! Masa dia kerja kat McD tu ya makcik..

Mak kawan aku : Masa tu la... Makcik pulak yang sedih tengok dia jalan kaki sorang-sorang macam tu. Kalau budka lain ni, belum tentu lagi kuat macam dia. Kesian makcik tengok dia. Mudah-mudahan la dia takkan pernah berubah.


Aku dah hampir lupa kenangan itu. Kenangan masa kamu kerja kat McD. Memang sangat susah pun masa tu. Nak-nak kalau kerja shift, tak de transport, kena naik perahu penampang kat waterfront, tunggu cerah sikit, baru kamu jalan kaki ke rumah. Pernah kamu berhujan sampai demam beberapa hari. Tapi kamu kuat semangat. Kalau aku kata nak jemput, jarang kamu nak. Takut menyusahkan aku. Lagipun kalau dah lewat dah tentu lah mak aku tak bagi aku keluar kan?

Itu cuma sebahagian dari pengalaman pahit yang mendewasakan dalam hidup kamu. Belum lagi kisah kamu di KL. Ada aku ceritakan di entri lama-lama dulu. Rasa nak nangis semalam bila kamu cakap kamu nak belikan lori untuk bapak kamu sebab bapak kamu sangat suka berkebun. Kalau ada lori tu, senang la bapak kamu nak ambil hasil kebun kan? Banyak perkara yang kamu fikirkan untuk bahagiakan keluarga kamu. Cuma kamu bukanlah orang yang mudah nak luahkan apa yang kamu rasa. Cuma dengan aku je kamu jadi sangat terbuka. Nak marah aku bila tak de mood pun senang je. Cessssss!

Adakalanya, berdiam diri lebih baik. Orang luar cuma boleh menilai. Yang merasa itu kita. Yang mengetahui cerita sebenar itu juga kita kan? Biarlah manusia dengan andaian masing-masing. Apapun, aku tetap di sini. Mendoakan yang terbaik untuk kamu, dunia akhirat. Insha allah.


p/s : Aku di twitter guna nama Amni_Amirul. Jumpa di sana. *peace*

10 kata-kata jiwang:

farah wahedda said... BALAS

sedihnyaa ....tabah betul beliau ye

y-A-n-A said... BALAS

Hidup susah buatkan kita lebih berdikari.. :))

Ain Zulaikha said... BALAS

oh ini ke kisah amir af..
tak lama lagi datang lah rezeki dia..
insyaAllah

nawal addina said... BALAS

sila kan nges :)

rezeki masing2

: husna : said... BALAS

betol2..
adakala diam tu lebih baik...
sebab tu mak cik lebih suka tulis dari cakap2..

missSenget said... BALAS

moga kamu dan dia terus tabah~!!

iedchan said... BALAS

wah2..amir masuk rancangan tv ape..(sy mmg org yang tak tgk tv...:)))

EZAN IDMA said... BALAS

org cume pandi judge. yg alaminye kite kan?

ztie said... BALAS

sama jak kita eh.. huhu achie jenis cmya. gikpun mun dah aher gilak ne kmk nak kua jemput. huhu

aqilah zulkefli said... BALAS

:((

Newer Post Older Post Home