Thursday, June 9, 2011

Surpriseeeeeeee....

Masa aku type ni, baru balik dari rumah adik aku. Aku, kakak dan adik serta suami buat surprise untuk mak aku. Malam tadi, aku orang yang pertama wish mak aku. Seharian buat dont know je macam langsung tak de plan macam tahun-tahun lepas.

Aku hantar mak aku awal ke rumah adik aku. Lepas maghrib. Sebabnya, aku, kakak aku dan kawan dia serta sepupu aku nak prepare apa yang patut kat umah untuk dibawa kat umah adik aku.

Kelam kabut jugak sikit sebab banyak jugak benda nak kena masak. Dalam 9.45 malam, terus gerak kat umah adik aku. Penuh jugak tangan dengan makanan dan kek birthday untuk mak aku dan adik ipar aku. Oh ya, birthday mereka sama tarikh. Tapi hadiah aku beli untuk mak aku je.

Sampai kat umah adik aku, aku terlepas wish happy birthday kat adik ipar aku masa nak masuk rumah. Nasib baik mak aku tak perasan lagi plan kami. Mak aku ingatkan aku dah nak jemput balik. Aku cakap nak stay kejap.

Aku patah balik ke kereta. Kakak aku dan sepupu aku sibuk pasangkan lilin kat kek dalam kereta. Tukang bawak kek mestilah aku. Cadang nak guna pintu belakang. Tapi kunci. Hadoiii... Lupa nak cakap kat adik aku soh bukak pintu belakang. So nak tak nak, kena ikut pintu depan. Mujur mak aku membelakangkan pintu.

Masuk je, terus nyanyi lagu happy birthday. Suka tengok mak aku yang terkejut ada kek lagi. Tak de acara potong kek sebab lupa nak soh mak dan adik ipar aku potong. Haha.. Yang ada cuma tiup lilin. Ada gambar, tapi nanti la aku upload eh!

Ya.. Hadiah birthday mak aku, purse. Ingatkan nak beli handbag. Tapi mak aku dah de banyak handbag. Beli purse sebab yang lama dah rosak. Perlu diganti.

Wahhhh.. Suka! Nite everyone. Happy birthday again to my beloved mom. Moga bahagia dunia akhirat. Amin

4 kata-kata jiwang:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

happy birthday makcik mak amni! hehehe
birthday mak wani 6/6 yg lepas =D
kita ni banyak benda nak sama juge pun kan :D

beautiful_rose said... BALAS

wah...bestnye celebrate birthdy.birthdy mak aku lambt lag buln 11.

happy birthdy buat mak ko...moga panjang umur murah rezeki dan hidup lebih di berkati hendknye...ameen

k a k L a m p said... BALAS

happy besday to your mum.. may ALLAH bles her always

nawal addina said... BALAS

hepi besday untie ^^

smoga d pnjng kn umr , d murah kan rezeki .

Newer Post Older Post Home