Tuesday, June 14, 2011

Sudah Hilang Kah Sayang?

Dah dua hari tak update blog. Sengaja ditinggalkan sebentar. Mengenangkan kerja yang berlamabak yang perlu disiapkan. Setiap hari pun ada. Cumanya ada kerja urgent yang lebih penting dari blog. Tambahan lagi blog aku buat hal dua tiga hari ni. Macam geram plak.

Tergerak nak menulis bila mana terbaca berita berkenaan dengan ustazah yang bersekongkol dengan suaminya untuk merogol anak nya sendiri. Berita semalam. Terkilan sebab ibu sendiri yang rasanya belajar agama, tetapi seolah-olah hilang warasnya bila mana melibatkan cinta. Mungkinkah cinta? Kerana dikatakan suaminya itu adalah suai keduanya. Mungkinkah kerana diugut? Entalah. Kita cuma membaca. Tunggulah keputusan mahkamah nanti. Telah hilangkah rahim si ibu?

Pagi tadi, terbaca lagi berkenaan dengan seorang lelaki yang telah merogol aweknya dan memberikan aweknya untuk dirogol adiknya dan kawan-kawannya secara bergilir. Serius aku jadi takut dengan dunia kini. Anak-anak kita nanti bagaimana? Ada yang bukannya tak cukup bekalan ilmu agama, cuma kadang-kadang kewarasan akal tidak dapat melawan nafsu yang bermaharajalela. Hilangka sudah sayang itu?

Aku tak mampu nak jawab kerana aku juga manusia biasa yang berharap sentiasa dijauhkan dari terpengaruh dengan bisikan syaitan dan nafsu yang menggila. Juga berharap diberikan zuriat da keturunang yag mendirikan solat, menjadi insan yang jauh lebih baik dari aku.

P/s : ayat skema tah pape. Konon-konon sebab lepas buat report dalam english. Err...

9 kata-kata jiwang:

habsahharun said... BALAS

InsyaAllah, semoga Allah sentiasa menjaga kita dan keturunan2 kita..

pena rozie said... BALAS

Banyak betul kes rogol sekarang...

Mawar Berduri said... BALAS

dunia sudah hampir ke penghujung.. hurm.. macamnalah nasib anak-anak aku kelak..

e F a said... BALAS

takut dengan dunia d luar nektok dgn macam2 jak cerita yg negatif... apa nak jadi.. semoga Allah lindungi kita dari perkara2 yang tidak baik.. :)

.sweet-ants. said... BALAS

berita kdg2 di tokok tambah. kalau betul2 terjadi, ya Allah, jauhilah kami dr segala bala sengasara itu

farah wahedda said... BALAS

dunia oooohhh dunia..macam2 zaman sekarang boleh jadi diluar pemikiran kita ^^

deeya said... BALAS

masyaAllah .. jadi takot plak rasenye nak keluar bersendirian bila dngar berita nie . semoga kite dijauhkan dari hal sebegini .. mudah2an Allah bagi hidayah pada mereka yg berdosa . ingatan utk diri ini jugak =)

IzatyMardziah said... BALAS

sgt stuju dgn statement " Ada yang bukannya tak cukup bekalan ilmu agama, cuma kadang-kadang kewarasan akal tidak dapat melawan nafsu yang bermaharajalela. " ... Wpun ilmu agama pnh d dada, tpi iman kdg2 blh tewas dgn hasutan nafsu... moga2 kte smua di lindungi-Nya =)

nisrin said... BALAS

akhir zaman ni terlalu byk manusia berhati binatang.. ustazah pun hanya pada nama, kalau anak sendiri di gadai. nauzubillah minzalik.

Newer Post Older Post Home