Friday, June 24, 2011

Tunang Amni Macam Mana Orangnya

Aku dapat banyak respon pasal gambar aku kat SINI tadi. Ada ke yang belum tengok. Ha.. Sila tengok cepat. Ada orang jeles sebab ada gambar laki kat dalam picture tu. Err... Itu namanya Pakcik Mackenzie. Masa tu ada Cik Azimah, Senior Project Exec yang join jugak masa site visit kat satu tempat pembinaan kat Kuching. Kat mana? Tak yah la bagitau eh.Yang amik gambar tu Cik Azimah. Memang gambar perlu untuk report. Dan biasanya yang ambil sample tu Pakcik Mackenzie. Aku cuma perlu monitor untuk Dissolve Oxygen, Temperature, dan yang lain-lain lagi. Masing-masing ada tugas masing-masing. 

Masa sedang sibuk tadi, sempat melayan peminat-peminat kamu yang add aku kat facebook. Sesekali ada kesempatan, memang aku layan. Kalau aku sibuk, aku akan ambil masa sikit nak reply PM mereka. Macam-macam reaksi yang aku jumpa. Yang paling selalu tanya, kamu ni baik ke orangnya, macam mana orangnya, bila kenal, macam mana jumpa, dah berapa lama? Tersenyum aku. Ada jugak yang cakap, untungnya aku dapat kamu. Macam-macam ada.

Ada yang nak sangat berada di tempat aku. Mungkin perasaannya sama bila mana dulu masa aku sekolah, Ahmad Idham, Pengarah besar Malaysia tu mula-mula berkahwin. Untungnya isteri dia dapat dia kan? Sebab masa tu aku minat Ahmad Idham. Minat sebab latar belakang pendidikan dia. Aku memang salute kalau orang dalam industri yang berada di dalam indsutri seni penuh dengan ilmu di dada. Mungkin sama lah kan perasaan mereka yang meminati kamu. Minat dengan suara, minat dengan bakat kamu, minat dengan keCOMELan kamu. Itu mereka bilang. Bukan aku. err... Habislaaa....

Terima kasih atas sokongan kalian. Perjalanan masih jauh. Terus lah menyokong Amir Jahari ya. Doakan selalu kebaikan untuknya. Kerana doa yang baik akan menjadikannya insan yang terbaik untuk semua yang menyanginya. Doakan kebaikan untuk aku dan kamu hingga ke akhirnya. Kerana jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, insha allah, 'orang-orang' yang berada di langit akan mendoakan lebih banyak kebaikan untuk kalin. Insha allah. Terima kasih semua. 





p/s :  Kamu memang comel dan hensem!<<<<bagi aku peluang untuk puji kamu, takut kamu merajuk. Hiks! =D 

9 kata-kata jiwang:

nabilah_2908 said... BALAS

hehehe....

kena kuat kawal emosi la kan..bila org yg kita syg jadi public figure.. :)

Aliesha Kirana said... BALAS

sgt benar penyataan amni di atas! hehe.. tp Amir Jahari pun bertuah sebab dapat seorang Amni! ^__^

fiezah91 said... BALAS

hahaha. yah udah la.. diaju soalan yang macam2. hahaha

[sutera kasih] said... BALAS

COMEL itu bisa diatur amni hehe..yg penting BAKAT ! :)

Mawar Berduri said... BALAS

wakaka.. hihi.. puji.. jangan tak puji...

Unknown said... BALAS

owh..paduhal amir af9 ya tunang ktk...bok tauk cerita..huhuhu

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

alolo maneh! haha..sweet nya :) sapa lagi nak puji kalau bukan tunang sendiri kan ;-D

dLa Suri said... BALAS

tunang kene la puji kan. hehe

Anonymous said... BALAS

apa boleh sy ckp..untungnya jd amni ;)

Newer Post Older Post Home