Friday, July 1, 2011

Letih Kot Asyik Nak Jaga Hati Orang

Kamu, akya ada SMS. Ada lelaki minat kat dia. Tapi dia minat kat kawan lelaki tu. Dan lelaki yang dia minat bagitau kat kawan dia pasal akya minat kat dia. Err.. Faham kan? So akya risau. Takut orang ingat dia jahat. Yer laa.. Dia rasa macam dia jahat je kan.. Minat kat kawan kepada orang yang minat dia.

Dia risau. Aku nasihat kat dia. Abaikan je benda macam tu. Yang penting, hati dia. Sebab kita memang takkan pernah dapat nak puaskan hati semua orang kan?

Letih kot kalau kita asyik nak jaga hati semua orang. Lastnya? Kita plak yang hipokrit. Jadi orang lain sebab nak senangkan hati orang. Berapa lama je kan kita mampu nak bertahan menjadi orang lain. Lagi senang jadi diri sendiri. Kalau ada yang tak suka kita, biarlah kerana kita menjadi diri sendiri kan? Tak semua orang tak suka kita. Jadi, tak yah risau kalau ada yang tak suka kita.

Teringat pesan cikgu erol. 'kalau ada 10 manusia, mungkin akan ada sorang yang takkan suka kita.. Jadi, makin ramai yang tak suka kita, lagi ramai la yang suka kita kan?' just relaks..

Biarlah orang nak bercakap. Lama-lama mereka akan diam kan? Dan tambah saham pahala kita kat situ sebab orang yang kena kutuk tu, allah bagi ganjaran pahala. Siapa yang untung? Yang mengata dapat dosa, yang dikata dapat pahala. Baiklah diam dari berkata-kata.

Tak semua orang faham kita. Kadang kita cakap lain, orang maksudkan lain. Akhirnya bila orang fikir lain, tu yang keluar isu lain. Kadang kelakar tengok orang yang suka bercakap pasal orang lain. Seolah-olah dia faham keadaan yang sebenar berlaku. Padahal? Dia juga orang luar yang hanya memerhati tanpa tahu duduk sebenar sesuatu perkara.

Biasalah manusia. Kalau bagi jadi pengkritik, memang nombor 1. Even kawan sendiri pun kadang-kadang hipokrit p kutuk kawan sendiri. Kadang sebab perkara kecik pun nak dibesar-besarkan. Kadang lawannya kecik je. Tapi sikap sentiasa nak menang tu yang buat kita rasa kita je yang betul. Cuma kita tak perasan melukai hati orang yang kita anggap kawan.

Aku tak maksudkan sesiapa. Jadi, jangan la touching ya. Sekadar melihat perkara yang berlaku di sekeliling aku.

P/s : err... Cerita pasal akya. Tapi terbang sana-sini dah entri aku.

13 kata-kata jiwang:

azwa amani said... BALAS

memang penat nak jaga hati korang..kat situ kita belajar bahawa manusia ni tak pernah nak puas... buat gitu dikata gitu..buat begini, katanya begini.... fitrah manusia..tak pernah puas

Anonymous said... BALAS

Mmg susah nk puaskan hati org lain --

After this ta yah jge hati org lagi boleh? ;>

Ibu Ammar said... BALAS

aku pun rasa benda sama, penat dah jaga hati orang, orang tetap tak puas hati sana sini. sudahlah. macam aku heran. baik aku jaga hati perut aku je. ekekeke

Jenny Pa-un said... BALAS

aok bna2 huhuhu sokong 100% apa yg kak amni pdh tok hehee.. :)

Mawar Berduri said... BALAS

bila mereka pengkritik dan mengutuk, terima sahaja kerana dia senang memindahkan pahalanya kepada kamu..

hai... lama tak p sini..

Shila said... BALAS

aku suka dia..

tapi dia tak suka aku..

camneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee??

uhuhuu..

eh..kenapa aku buat luah perasaan kt sini? hahah..

Faaein Talip Roy said... BALAS

betul.. susah kita nak jaga hati orang ni.. asyik jaga hati orang last.. hati kita yang remuk...

tq dear for the wishes.. =]

Andrik McVean said... BALAS

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

[sutera kasih] said... BALAS

manusia mmg gemar mengkritik org lain tp tidak gemar dkritik

niesh™ said... BALAS

yala.. balit2 mok jaga ati orang sampe ati kdirik x d sda..

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

Remember.. we don't doing things to please others. so just be yourself! :D

Azmie & Vivie said... BALAS

benar kata ktk nembiak kecik comey..
kepak nyawa jaga hati urg..tapi urg bukan main senang gik merusak hati kita kan..uh!

kak vee lagi senang jaga hati sendiri..dh malas nak jaga hati urg..sik maok hipokrit..janji jgn kaco hidup kita tul sik..
sebab bukan kita dpt nak muas hati semua urg..

nabilah_2908 said... BALAS

betul la tu...mmg payah nk jaga hati semua org...

so buat la apa yg termampu je..kita sibuk jaga hati org...org ada ke jaga hati kita..? ;)

happy weekend dear.. :)

Newer Post Older Post Home