Wednesday, September 21, 2011

VCO Buat Saya Lebih Yakin

Selalu saya dengar tentang kebaikan VCO atau virgin coconut oil. Tergerak nak beli, tapi saya bukanlah jenis orang yang rajin nak makan supplement dan konsisten kalau nak guna minyaknya untuk disapu.

Selepas membaca entri Cik Nazwa, dan diceritakan kebaikan VCO dari Jannah, salah seorang pengguna VCO, tanpa lengah, terus sahaja mak saya belikan sebagai hadiah hari lahir pada 28 Jun yang lepas.

Alhamdulillah, selepas sebulan, memang nampak hasilnya. Pertamanya, saya sudah tidak senggugut beberapa hari sebelum dan semasa period seperti seblum ini. Sakit sendi juga tiada. Tambahan lagi saya mengamalkan penggunaan Pantiliner Bio Sanitary Pad dengan konsisten sebulan ni.

Keduanya, selera makan saya juga bertambah. Mudah-mudahan berat badan juga akan bertambah supaya saya berhenti mengambil makanan tambahan lain untuk meingkat selera makan. Tp jangan risau. VCO ni menseimbangkan sistem badan kita. Jika yang underweight macam saya, boleh tambahkan berat badan, manakala yang agak berisi, boleh kurangkan selera makan untuk diet seimbang.

Ketiganya, kulit rambut saya dah tak gatal-gatal dan tiada lagi masalah kelumumur. Kalau sebelum ni, pakai lah shampoo apa, kelumumur cuma akan hilang sekejap je. Dah tu datang balik. Tp syukur, semua jadi baik sekarang.

Tapiiii... Yang sangat ketara adalah perubahan pada kulit saya. Saya mempunyai masalah muka berminyak yang melampau dan juga masalah jerawat yang membuatkan saya risau selalu bagaimana nak mengubatinya. Syukur, selepas sebulan ni, kulit wajah saya dah tak berminyak seperti selalu, kulit lebih licin, kesan parut mula hilang, jerawat pun macam malas nak singgah. Eh?

Ini bukan omong kosong. Memang ramai yang perasan kulit muka saya telah menunjukkan kesan yang positif. Termasuk Encik Tunang, Mr. amir Jahari. Dan ramai kawan-kawan dan sedara mara bertanya apa tips yang saya gunakan sekarang. Saya bagitau, saya hanya makan supplement VCO dengan konsisten. Just imagine bagaimana kalau saya sapu minyak nya pula? Wah!

Banyak lagi kesan baik yang lain. Kalau nak baca testimonial kawan-kawan yang lain, sila layari www.catalyst2u.net.

Apapun, cepat atau lambat tindak balas itu atas izin Allah kan? Yang penting ada usaha yang konsisten. Yeah!
Selamat mencuba!!

P/s : Encik Tunang pun nak cuba. Saya teruja!

22 kata-kata jiwang:

Azmie & Vivie said... BALAS

maok kak vee coba juak kelak =0).

Unknown said... BALAS

sy juga dpt kesan positf

Anonymous said... BALAS

pernah order tp x bayar2 lg...sy masalah kt muka, jerawat sng tumbuh

Anonymous said... BALAS

berapa harga dia amni? amy skrg guna d'qistee..baru guna seminggu..kalau xok nk cuba yg ni pulak la..ehehehe

Unknown said... BALAS

wow.. boleh start search ni.. :)

syasyah_biscuits said... BALAS

rasa mcm nk try jugakla

Puan Eka said... BALAS

amni..nak beli kat mana?

Anonymous said... BALAS

pergh! Testimonial TERBAIK yang kmk ada..Thanks darl! Muaxxx!! =)

Cik Amni said... BALAS

Dear Kak V,
coba jangan sik coba kak V.. + nya sikda kesan sampingan bah.. no worries...=)


Dear Ezan,
kannn.... hehehe....


Dear Zura,
pernah order kat mana? kat HQ dia eh? hee... guna la.. insha allah akan ada kesan positif..



Dear Amy,
kalau kat sjung harga dia 39.90.. kalau kat swk, sabah, 43.90... tapi biasanya akan ada orang buat promosi.. termasuk lah amni.. sebab mani sejak guna dah jadi agen.. hehehe...


Dear HS,
sila-sila... =)


Dear Eka,
dah terjawab kan soalannya... hehe...


Dear Sis Nazwa,
hiks... no prob sis... =) memang bagus pun masalahnya... hehe...

||aLeaSaRa|| said... BALAS

owh kena google ni nak tau foto produk ni.tq 4 this sharing ye,nak trylah.

slm 1 ramadhan ye sis!!!

Prince Halilintar said... BALAS

tak pernah try la plak bende tu..

Cik Amni said... BALAS

Dear Sis AleaSara,
ada web dia sis... www.catalyst2u.net... banyak testimonial.. hehehe.... jum try! salam ramadhan jugak sis...=)

Dear PH,
cuba try... hehe...

gadisbunga said... BALAS

hmm..menarik ni.

sebenarnya kelapa mmg bagus tapi org barat dah cuba divert pemikiran kita dengan fakta kononnya tak bagus untuk kesihatan.

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

vco mmg bagus kan..

ila pun dah lama makan vco...mmg terbaik la...;-)

[sutera kasih] said... BALAS

kulit semakin halus dan mulus hehe
tp ada kesan sigek yg kmk alami..sikpat padah sitok hehe

Anonymous said... BALAS

lar murah je..kat farmasi adakan..nk try la....huhu

Vivian said... BALAS

kmk pakey ya..kolik ada tnyk..kenak muka kmk mcm berseri.licin jak..pakey foundation apa? dari thun lepas makey foundation sama iaitu simplisity, sikda juak org tnyk muka berseri..tp bila dh mok sbulan tok mkn vco..ada juak org prasan kac? yerr..prasan mek lok..hahaha

then kmk hasut deng mek makey juak..nok beli dgn ktk ya...nya pun madah..muka nya kurang minyak..fhm2 jak nya kerja site..berpanas..

ztie said... BALAS

kmk....kmk....kmk sik pakey.. cmne tok? mok juak try pakey eh. dapat jadi model sik? errk... melampau. hahaha

Namee Roslan said... BALAS

nk kena try lah macam ni. saya pun obses gak nk lawakan diri. heheh. amni jual kan??

Ieqahgajah said... BALAS

dear,ieqah pn nk cuba la :)

NADIA RAJAMI said... BALAS

ya mek nak coba, rmbut mek gugur, muka berminyak.. pendek kata, ng mcm2 lah...:P...hrp2 vco ya ng berkesan ngn kmk.. alu berminat aie pas baca testi org lain.....:p

Unknown said... BALAS

nk mohon share testimoni leh?hehehee..saya ahli bru jual produk nih..
mekasih...hehee

Newer Post Older Post Home