Sunday, August 7, 2011

Kata Tak Nak, Tapiiiiiii....

Tadi lepas Zohor, keluar ngan ztie. Plan aku cuma nak jumpa syamim sebab nak hantar pantiliner bio sanitary pad dan temankan ztie ke choice super mall beli kulit popia kemudian ke Hopoh untuk beli anak tudung. Tiba-tiba terdetik nak belikan ztie hadiah yang dia menang segmen kat blog aku hari tu.

Jumpa syamim, sempat lagi gosip-gosip panas. Padahal masing-masing puasa. Kelakar. Tapi sebagai pengajaran la sebenarnya. Lepas tu, ke choice super mall beli kulit popia dan terus ke Hopoh. Melepak kat kedai tudung. Cam kecoh gak la. Banyak sangat choice. Tak tau nak pilih mana satu tuk ztie. Tah macam mana, muncul Leeya. Eh? Memang tak sangka akan jumpa kat kedai tu. Riuh lagi. Tah apa orang kedai cakap..

Done. Hadiah ztie dah dapat. Anak tudung ztie pun dah dapat. Tapi ztie nak lagi satu dari ting atas. s.E.S pesona. Waaaa... Kat situ jumpa lagi sorang kawan. Suzianti. Rembat dua lagi hadiah untuk blogger dari situ. Sempat promote popia ngan su. Rupanya dia dah tahu sebab dia ada jumpa Leeya sebelum tu. Memang lama giler tak jumpa su.

Dari situ, aku nampak cam cardigan kat kedai sebelah. Terus cakap kat ztie nak masuk kedai tu jap. Tah camne, ada satu baju tu cam menarik perhatian aku. Kata niat ramadhan ni tak nak shopping. Lagi la sebab sabtu depan nak ke KL.. Sekaliiii... Bila ztie masuk je kedai tu, cakap ada satu lagi baju putih tu cantik, terus aku rembat dua. Giler ah...

Masa nak cuba baju tu la Fiza plak muncul dengan kawan sama pejabat dia dulu. Suzy. Haihhhh... Ni reunion member PLKN ke apa? Memang tambah riuh la jadinya. Tapi kejap je sebab aku gila teruja nak cuba baju baru tu. Sekali muattttttt.... Oh! Jarang-jarang dapat baju yang aku bley pakai sebab aku nyer saiz ada kat tempat kanak-kanak jer.. Errrr....

Balik, singgah plak beli roti joh dan kuih mongkol... Kannnn... Kata tak nak pegi bazaar. Tapi kalau dah keluar tu, dah tentu akan beli jugak. Lepas tu singgah plak amik kuih sedekah mak aku untuk tahlil cousin aku yang meninggal dan hantar plak ke rumahnya kat demak. Fuhhhh... Sampai umah dekat nak maghrib dah. Memang berjalan bersungguh-sungguh la petang tadi. Thanks to ztie. Ztie kata dia bosan kat umah, nak keluar, alih-alih banyak singgah seab aku jer.

Semua hadiah untuk pemenang segmen yang aku buat dah ada. Termasuk dengan hadiah entri pilihan. Tak sabar nak pos semua esok. Semua alamat dah dapat kecuaili cik yann syaza. Sila tinggalkan alamat dan no tepon anda kat sini cik. Hiks...

Thank u so much ztie. Tiba-tiba niat nak beli BB beralih ke HTC. Cakap kat kamu,

aku : B, orang tak nak bb.. Orang nak HTC..

Kamu :*pelik* sayang kat ne?

Aku : ngan ztie kat choice super mall..

Kamu : dah agak dah.. Ztie memang...

Aku : *gelak tak hengat* orang dah cuba. Memang best la b...

Kamu : belilah sayang...

Kannnnnnnnnnn.... Banyak giler benda kata tak nak.. Tapiiiiiii..... Tak kira. Nak jugak!

6 kata-kata jiwang:

kata kila said... BALAS

beli lah bb boleh bergosip dgn aku guna bbm wakakaakakakaakakkaak

ezza haniza said... BALAS

bb lagi best! amni amni...saya tahu awak suka pakai tudung instead of shawl kan?

marilah tengok tudung yang ade roses dijahit ditepi diaa,

http://takkeciksgtpown.blogspot.com/2011/08/berhari-raya-di-gda-majidah-shawls-and.html

harga berpatutan..confirm cun! :)

Cik Amni said... BALAS

dear kila,
kalau ada live profile, tak de bbm pun boleh syg.. Tak kira! Nak HTC jugak. Hahaha.. T ko download la liveprofile eh? Hiks.. Blogger swk de link dia.. =p

dear ezza,
alamak! Dear... Sy tak pakai shawl.. T sy jenguk ea.. =)

[sutera kasih] said... BALAS

dh kmk berik alamat tek deng hehe
syiohhh shopping sakan ktk ahhh..

Izzati Liyana Sabri said... BALAS

hehe. beli beli selagi boleh. bb boleh main bbm ngn syg awk tu. htc pun ada kelebihan sendiri. terpulang. :)

ainz said... BALAS

beli htc la dear..android tengah naik sekarang..lupakan BB..hik3..

padahal diri sendiri pkai BB.. ;p

Newer Post Older Post Home