Monday, August 8, 2011

Kebetulan Yang Tak Dirancang

Lambat update entri hari ni. Dari pagi siapkan seberapa banyak kerja yang tertangguh sebab tak pasti nak buat macam mana. Tapi dah settle. Tinggal lagi yang perlu boss sign untuk start dengan report. 

Ini cerita hari tu. Sedang mencari mood untuk menulis. hari Jumaat lepas dengan adik jumpa Kak Anne kat the Spring sebab nak hantar popia yang Kak Anne pesan. Sampai kat sana dah nak 12.30 tengah hari sebab kena singgah sana sini, ditambah lagi dengan jalan sesak. Lain kali tak nak keluar hari Jumaat lagi.

Tunngu Kak anne depan guardian sambil borak-borak ngan adik. Tak lama lepas tu, Kak Anne sampai. Borak-borak kejap. Dan sampai satu part tu, Kak Anne cakap aku memang mirip sangat dengan kawan lama dia. Kawan sekolah. Lebih kurang macam ni la perbualan kami.

Kak Anne : Muka Amni mirip sangat dengan kawan lama akak.. Kawan sekolah...

Aku : Akak dulu sekolah mana?  *dalam hati cakap memang ramai cakap muka aku ni tipikal yang boleh jumpa kat mana-mana je*

Kak Anne : St. Theresa...

Aku : oh! Akak batch yang mana? Tahun bila?

Kak Anne : 1990 +.. tak ingat... Akak dah berusia sikit... 

Aku : Maksud saya.. lahir tahun berapa? 

Kak Anne : !975...

Aku : oh! Serius? sama la ngan akak saya... Akak kenal Salinawati Sulaiman? 

Kak Anne : *perati aku tanpa kata*

Aku : Ada dua orang... bukan yang besar tinggi tu.. yang kecik-kecik tu...

Kak Anne : Yes.. yes... i know... *masih macam tak percaya, tak tau nak cakap apa*

Aku : Haa... tu la akak saya... Akak ada dengar dia dah meninggal?

Kak Anne : Aahh... akak dengar.. masa tu akak kat Miri...



Kecilnya dunia. Pusing sana, pusing sini, terjumpa dengan kawan sekolah allahyarhamah kakak aku. Siapa sangka? Patut pun selama ni bila borak ngan kak anne kak blog, kat twitter, macam senang je. Entah. Itu hati. Aku memang sangat rapat dengan kakak aku. Makin rapat sejak aku study jauh. Hari-hari SMS pagi petang siang malam kalah SMS dengan boyfriend. Bila dia pergi, memang satu kehilangan besar dalam hidup aku dan adik beradikku yang lain. Apatah lagi buat ibu aku yang paling rapat dengan dia. Tahun ni tahun ke 5 beraya tanpa kakak aku. Mudah-mudahan allahyarhamah dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang bahagia di Syurga, Amin. Alfatihah. 



p/s: Serius tiba-tiba hari tu mata rasa panas. Cuba menahan sebak sebab tak nak adik aku rasa apa yang aku rasa. Rindu. 



15 kata-kata jiwang:

Anne said... BALAS

:) what a small world kan dik.
Kmk msh teringat dgn ur late sister. we're classmate dr form 1.Seharian kmk msh teringat 'pertemuan' kita ya.

Hanis MY said... BALAS

Amni...sedihnyaaa...akak baru tahu... al fatihah untuk beliau... kecilnya dunia...mesti seronok boleh kenal dengan kawan kakak amni tu...

.izzati liyana. said... BALAS

sedihnya..banyak2 berdoa semoga arwah dicucuri rahmat.

dLa Suri said... BALAS

Yup, dunia nie sgt kecik :)

Yui_Wani said... BALAS

Awwwww :')

Al-Fatihah for your dear sister :)

aliesha kirana said... BALAS

sedih baca ni.. aah kecik je dunia ni. smoga arwah bersama hamba2Nya yg beriman..amin!

Prince Halilintar said... BALAS

Al-fatihah kpd beliau..mmg kecil je dunia ni..

erolnukman said... BALAS

duhal...
alfatihah utk arwah kakak ktk..

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

dunia ne memang kecil...

pusing2 bertemu jugak kan...kuasa Allah...

al-fatihah untuk arwah kakak...

Anne said... BALAS

kmk sempat belek2 album masa sekolah dolok..jumpa gambar kelas.

[sutera kasih] said... BALAS

dunia tok kecik ohh deng...

al-fatihah buat arwah kkak ktk deng..

Memey Baharom said... BALAS

al-fatihah :(
sedih lah ;(

Cik Eka said... BALAS

dunia ni memang kecil kan amni..semoga amni tabah..doakan untuk kakak amni..Al Fatihah

alif haris said... BALAS

amin semoga roh kakak kamu tu termasuk dlm golongan mereka yg beriman :)

Amni said... BALAS

Dear all,
thank u so much.. tak banyak amni dapat cakap... apapun, terima kasih atas doa kalian... moga yang baik-baik juga bersama kalian.. amin...

Newer Post Older Post Home