Friday, August 12, 2011

Mencuit Hati

Malam tadi, eh.. bukan... hari-hari bulan Ramadhan ni, balik Surau, mesti jumpa budak-budak yang menunggu untuk bertadrus kat luar Surau, kat tepi longkang luar pagar Surau. selalu jer mereka tu mencuri perhatian aku. Bukan sebab cantik dan comle. Tapi sebab ada je yang mencuit hati aku.

Contoh cam beberapa hari lepas masa aku nak balik, ada budak-budak popuan lepak kat tepi kereta aku. Sambil handphone kat telinga, si adik perempuan tu membebel. Yang aku sempat tangkap,

Budak perempuan : Haishhhh... mana boyfriend aku ni?

Awwwww.... Pegi Surau nak bertadrus ke nak dating dik? eh? Lepas tu, nampak plak, ada adik lelaki ni dan adik perempuan ni membonceng bersama. Tu geng yang lepak kat longkang kat depan Surau. Sangka baik. Mungkin adik beradik kan? Yer laaa... sila jangan sangka buruk yer..

Lepas tu, kat belakang saf perempuan kat dalam Surau, lain plak halnya. Sibuk dengan handphone. Itu biasa. Borak pasal pakwe masing-masing tu yang tak tahan. Adoiilaaaa... Adik-adik yang comel. 

Teringat aku kat tempat mereka dulu-dulu. Dok sorang-sorang kat belakang. Sementara tunggu kawan-kawan yang belum sampai. Kalau ada lelaki pun, dah tau dah takkan tengok aku yang chubby, gelap, dan pendek. Kesiannnn.... yer.. beza. Orang tak hot, tak gorgeous, siapa nak tengok? Err...

Masa tu, jealous ngan sorang kakak tu. Umur dia masa tu kalau tak silap, lepas SPM. Dia datang Surau, boyfriend dia yang hantarkan naik motor. Jealous tu yang tak tahan. Masa tu aku darjah 6 kot. Masa tu, dia jer la yang ada boyfriend. Rasanya bukan aku sorang jer yang jealous dan berangan nak ada boyfriend macam dia. Hampir semua kawan-kawan nak ada boyfriend macam abang tu. 

Bila ingat balik, memang gelak. Gila ker nak naik motor ngan laki? Maunya mak aku parangkan. Nak keluar berdua pun susah. Inikan pulak nak naik motor, hantar pergi Surau lak tu? Tak ke naya jer bagi nenek-nenek propa kat surau tu buat ketupat free. Kalau dapat dimakan tak pe jugak. Dah tu, mak aku plak yang jadi bahan kan? haihh... 

Dulu lain, sekarang lain. Dulu kecik-kecik, malu sangat ngan lelaki walaupun baru je sekolah rendah. Adik-adik sekarang? Yang darjah 1 pun dah pandai nak couple. Masa Ramadhan ni la boleh tengok anak-anak kampung aku yang macam-macam ragam ni. Nak-nak plak kampung dalam Bandar. 




p/s: Rindu nak bertadrus. 

17 kata-kata jiwang:

Izzati Liyana Sabri said... BALAS

hahaha. tahu takpe. budak sekarang ni agak bebas la pergaulan. bab-bab naik motor tu, tak payah la cari pasal. macam-macam effect tak baik tuh dapat nnti.

Cik Amni said... BALAS

Dear Izzaty,
kannnnnnnnnn....... cam biasa jer.. mak ayah tak marah pulak... hemm...

Jenny Pa-un said... BALAS

ya la tek huhu

bak pdh org tua kinek..
remaja dulu dan remaja sekarang bnyak beza huhuhu

Anonymous said... BALAS

skrg ni budak2 dah bebas..sek rendah dh pandai couple..amy dulu masa duk uitm baru la couple..xkisah la org nk ckp pe..cinta sekolah tu cinta monyet je...

[sutera kasih] said... BALAS

budak zaman skrg budak zaman moden hehe..

Aliesha Kirana said... BALAS

aah dl lain skrg lain. dl kita ada rasa malu lg. budak2 skrg ni. ish3.. *geleng kepala

Prince Halilintar said... BALAS

harap2 bdk2 skrg ni parent die amik berat sikit pasal sosial dia..bkn ape takut terpengaruh dgn perkara yg xelok..

Asyila Zainuddin said... BALAS

budak sekrang moden yg amat.. kecik2 dh ade fb.. huh..

Unknown said... BALAS

wpun cmya bgs juak cdaknya maok g surau..sambil nyelam sambil minum aik bah..hehe..asal jgn molah maksiat udahlah nak owh..

Aweyn said... BALAS

mmg byk bezanya yg dulu ngn skrg..hm

ainz said... BALAS

Adoi..darjah 1 dah berkapel..time kita,darjah satu tatau pape pun..abih innocent je..skrg zaman IT..makin maju la kot..mane la nak same ngn kita..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

hehe budak2 sekarang lagi terer bab cintan cintun ni ha :)

Hanis MY said... BALAS

wahhh borak pasal pakwe huiyyooo...budk2 zaman skrg kan amni...

erolnukman said... BALAS

yah...advance mbiak kinek tok oo..lom cerita ngeso suar kadok gik.hahaha!!

Umie Nadhirah said... BALAS

Miak nektok...

rasa dirik kacak tek nak bak kata kak lehot. HAHA.

Alif Haris said... BALAS

adoii budak2 =,=
kecik2 lg dah miang .. huhu

Memey Baharom said... BALAS

bhaye niee . kecil2 dah pandai . besar nanti . hihihihi

Newer Post Older Post Home