Wednesday, September 14, 2011

Kalau Nak Menipu Pun, Akal Panjang La Sikit!!

Ada satu nombor ni nak berkenalan.

Aku : dapat dari mana yerk no ni?

Orang itu (guna no lain) : i yang msg u tadi guna nombor lagi satu nak berkenalan dengan u boleh?

Aku : boleh je.. Siapa-siapa pun boleh asalkan tujuan cuma nak berkenalan.. Dpt nombor i dari mana yerk?

Orang itu : Owh... I dapat dari kertas.. U nama siapa? Asal mana?

Aku : *nampak sangat menipunya* biar betul dapat dari kertas. Kelakar. Saya amni..

Orang itu : eh? Biar betul. Tipu la... Apa yang kelakarnya? Nak gambar u boleh?

Aku : kelakar la dapat nombor dari kertas. Meag ramai kelentong macam tu cakap nak berkenalan. Murahnya la nombor saya boleh dapat kat mana-mana. Saya guna bil. Dah tu private pulak. Cakap nak berkenalan. Bagitau la betul-betul.

Orang itu : yer.. I dapat nombor u ni dari liyana(bukan nama sebenar). Kenal tak?

Aku : kenal. Next time kalau nak kenal, terus terang la. Tak payah la nak menipu.

Orang itu : yerr.. I kenal u. Ingatkan u sombong. Mana la tau tak nak layan. Almaklum dah glamour.

Aku : *bengang* orang kalau glamour kalau tak layan bukan sebab sombong. Tapi sebab sibuk. Saya pulak kalau sombong bukan sebab glamour. Tapi sebab saya dah bertunang. Kalau saya tak layan pun sebab saya nak jaga hati tunang saya tak nak dia salah paham.


Terus terdiam tak sms lagi orang itu. Aku bengang orang menipu macam tu. Cakap terus terang dari awal kan senang? Tak payah banyak sangat selok belok. Dah la selok belok tu guna trick lama. Budak kecik boleh la kalau kau nak menipu. Aku ni dah cukup matang nak menilai. Tapi kalau aku budak kecik pun aku tak percaya sebab dari kecik memang aku dah tau trick tu. Lol!!

Lagu satu kawan yang langsung tak pandai menghormati privacy kawan. Sukati dia jer nak bagi nombor kita kat orang lain. Pulak tu orang tu cuma nak berkenalan. Tahu kan tunangan orang. Tak payah la nak berkenalan-kenalan. Da besar kot. Bukan zaman mencari cinta lagi. Banyak lagi urusan lain yang lebih penting dari berkenalan yang tak tahu apa faedahnya.

Maaflah. Aku memang sensitif kalau ada orang bagi nombor tanpa izin tuan. Dulu ada sorang kawan aku pun dah kena sembur dengan aku sebab tak mintak izin nak bagi nombor aku dengan orang lain. Please laaaa.. Itu adab! Lain kali mintak izin dulu. Kalau orang soh bai baru bagi. Jangan sukati jer nak ceroboh privacy orang.

P/s : mungkin aku jer macam ni. Kamu?

12 kata-kata jiwang:

Kathy Tuah said... BALAS

sabar jaklah k..org mcm ya xpat nak dilayan gilak..

Namee Roslan said... BALAS

amni..jangan dilayan lah! mengarut je. walau niat nk kenal pun, niat nya kita tak tau! so hati2 ye sis! :)

Umie Artoqiemie said... BALAS

knak org ya eh.

Amni said... BALAS

dear KT,
aok.. Ng mena sis.. Huhu...

Dear namee,
actually tak de la marah sangat ngan orang tu. Lebih marah pada kawan tu la sukati jer bagi nombor orang.. Yg nak berkenalan tu memang takkan ganggu lg la kot kalau tau dah bertunang... Tp lepas ni memang tak la layan lagi.. Thanks dear...

Dear umi,
bengong kali!

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

Aduh..parah mun kedak ya deng.Kmk pun pernah kenak.Lebih2 lagik bila kita dpt tauk bestfriend kita pun yang berik no phone dkt org yang kta x kenal.Sapa x bengang oh.Ingtkan kwn ya boleh di percayai rupanya harapkan pagar, pagar makan padi.Jaga dirik deng. :)

[sutera kasih] said... BALAS

nya pk ktk miak kecik ka nk dipolah gia ohh huhu..mun kmk bena sombong kali..mun number sik dkenal, mintak maaf la kmk sik kan layan..mun bena2 ada hal penting, pandey la nya ya tekusuk dikpun haha..kejam kan kmk :P

pasal kmk nk melindung dirik dgn sweet talker lelaki..hoho

Cik Eka said... BALAS

takyah layan je amni..eka kalo bab orang2 yang macam nie memang tak layan..

bukan smbong tapi macam tak hormat orang......

huhuhu

~AmyLiana86~ said... BALAS

macam2kan amni..teringat 1 mlam tu tunang amy saje je msg amy dgn no lain ckp nk berkenalan tp amy xlayan pun sb malas layan no2 xkenal...last2 tau2 die saje2 kacau dgn no baru die...heheh

MisS HoNeY said... BALAS

kalau nisa mmg angin la.seng2 ja nk bg no nisa dgn org.

Run Away said... BALAS

memang tak bagus lah kalau main bg no kat owg lain..

miss N said... BALAS

aduuuiiii , gitulahh kan org yg nk kenal tp tk ikhlas agaknyee . sbb tuhh bnyk sngt selok belok dia bg .
haihhh , yg si kawan pon satu terlalu baikk sngt nk bg ... mcm-mcm betol .
sabar yee cik amnii , karenah dunia nihh mcm2 ;)

zati embong said... BALAS

kalau jat kan,ikut mood.kdg2 reply 2 3 msg, pas2 jat snyap.haha.tp bl da tunang, lain kan perasaan 2.

Newer Post Older Post Home