Sunday, October 16, 2011

Sibuk Macam Mana Sekalipun, Hubungan Kena Jaga Kan?

Semalam ada kenduri kat Kampung Sebelah bapak. Nenek sedara meninggal 20 hari lepas. Jadi semalam tahlil hari yang ke-20. Biasanya kalau dah sampai Kampung Bako ni, memang akan ke rumah semua adik beradik bapak aku lah. Sebab memang jarang-jarang jumpa pun. 

Masa sampai tu, nampak ada budak yang betulkan jaring. Macam pelik. Jadi tanya la jugak apa bendanya lah. Rupanya perangkap untuk tangkap ketam. Masa ke rumah Pak Uda pulak, nampak Pak Uda aku sedang betulkan perangkap untuk ketam jugak. Cuma designnya nya agak lain. Wahhh.. serius first time tengok. Agaknya sekarang mungkin banyak ketam sebab rata-rata orang yang aku jumpa, sibuk betulkan perangkap mereka. 


Perangkap Ketam




Pak Uda sedang betulkan perangkap ketam dia.. 

Masa nak balik pulak, sempat ambil gambar perahu yang nak siap. Tu pun salah satu aktiviti penduduk kampung bapak aku. Dulu bapak aku pernah buat jugak. Tapi masa tu dia masih belajar lagi. Kalau siapa pernah baca entri lama aku, memang dia akan ingat macam mana bapak aku habiskan duit biasiswa untuk dia sambung belajar, pergi betulkan perahu atok aku untuk tangkap hasil laut. 

Perahu Separuh Siap

Setiap kali balik Kampung bapak aku, mesti hati senang sangat. Bukanlah bila kampung mak aku, aku tak arsa macam tu. Cumanya, kampung mak aku kat tengah bandar. Sekarang ni rumah tu mak cik aku jaga. Yang sebelah aku aku pulak yang seronoknya sebab jauh dari bandar dan hampir semua adik beradik bapak aku dok dekat-dekat. Jadi nak ziarah, senang jer. 

Walaupun bapak aku dah tak de, tapi hubungan tu masih rapat. Tu lah yang mak aku ajar. Walau macam mana sekalipun, hubungan tu kena jaga. Kena kenal semua saudara mara walaupun saudara mara mungkin tak ke rumah kita pun....





p/s: Letih, tapi hujung minggu yang best. Kamu pulak sibuk untuk show yang berturut-turut sepanjang minggu ni... Tak de masa nak berjiwang selalu.. err.. 


9 kata-kata jiwang:

Cik Shiqa said... BALAS

amni, kat kg shiqa perangkap tu dipanggil "bintur'.hehehe bestt ny lau dapt makan ketam skang.hehehe

Prince Halilintar said... BALAS

lor..perangkap ketam ker..ingatkan perangkap ayam tadi..hehe

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

ketam? i love it.Lamak dah x makan seafood.tetiba.

Yalah bnr kata mak ktk Amni even oen of them x da kita perlu tauk and ambik berat pasal relative kita sbb sidak pun family kita even x brp rapat.Parents mek pun cam ya juak. :)

nabilah_2908 said... BALAS

seronok ada kampung... :)

zahidahwahid said... BALAS

pergi bako sik sound kmk agik....T_T

Namee Roslan said... BALAS

family saya belah mak je rapat. belah ayah tak rapat sbb diorg smbg.:P hihih. eh takdela, sbb diorg serious. belah mak sempoi2 je. tu yg seronok tu :)

[sutera kasih] said... BALAS

bena ya deng..busy mcm mana pun, hbgn kena jaga :)

labulabi said... BALAS

ketam mahal oo.rah telaga aik ari ya rm20 sekilo.ambal pun nait rega juak.hehehe.suka makan ambal x.hihi

Run Away said... BALAS

pestime tengok perangkap ketam ni...;d

Newer Post Older Post Home