Monday, November 21, 2011

Penyokong Garuda Meninggal, Harimau Muda Di Suruh Buat Doping Test

Dua penyokong Garuda meninggal dan enam terpaksa dikejarkan ke hospital dan dozens yang tercedera semasa beratus-ratus orang yang cuba masuk ke stadium secara tidak sah. Berita di SINI. Perasan tak semalam ada kamera fokus kat budak yang bergayut kat pagar paling atas luar stadium semata-mata nak tengok perlawanan #GarudaMuda VS #HarimauMuda semalam? Memang dasyat pun penyokong garuda semalam. Tapi, pada aku, kalau dah masuk padang, orang jerit ramai-ramai tu memang dah tak perasan dah kalau fokus main je. 

Nak kata dasyat tak dasyat penyokong Garuda semalam, boleh baca yang INI. Serius sampai ada yang ketuk-ketuk bas yang membawa #HarimauMuda sampaikan mereka tak tertahan kat luar stadium selama 40 minit. Dan Ong Kim Swee optimis bila cakap, kemenangan #HarimauMuda bukannya nasib semata-mata tetapi usaha gigih pemain dan strategi serta praktis yang diusahakan Jurulatih dan semua yang terlibat.. Aku rasa pun macam tu. Kalau semua tak de kerjasama, memang tak boleh la bertahan sampai akhir. 

Tak cukup dengan itu, dengarnya #HarimauMuda dituduh pulak guna dadah, siap pihak penganjur nak buat doping test lagi. Tak tau apa cerita seterusnya. Hem... Tak tau macam mana mereka boleh fikir macam tu sekali. Kalau guna dadah, of course la sampai hujung boleh tahan kan? Ni nampak sangat bila dah akhir-akhir tu, #HarimauMuda macam dah tak larat dan tercungap-cungap. Nak kejar bola pun macam dah tak larat. Banyak defend je di hujung waktu. 

Apapun, aku bangga dengan semua #HarimauMuda walaupun Fakri main macammmm... errmmmm... tak pe.. tak pe... maafkan la.. Yang penting semua dah usaha kan? Dan ini bukti, Malaysia jugak boleh pergi jauh dalam Bola Sepak macam suatu ketika dulu. yey! Tabik spring!!






p/s: Semalam masa lagu Negaraku dikumandangkan lepas penyampaian hadiah, aku kat rumah pun berdiri tegak sekali. Cousin aku cakap aku gila. Aku pedulik hape? Itu kan hormat namanya. Selebihnya sebab aku bangga aku anak Malaysia. Yey!




13 kata-kata jiwang:

nabilah_2908 said... BALAS

agak tak masuk akal kan..?

dah habis game..time tu la baru nak buat test...?? kenapa tak buat je awal2...hmm...

Fakri...ya...sy pun geram dgn mamat tu..huhu..tp takpe..Malaysia dah menang... :)

Munn Jaafar said... BALAS

yeay! seronok gila tgk final smlm smpai sakit2 tekak.tp xdan nak tunggu bg hadiah...ngantuk sgt...huhu

Aliesha Kirana said... BALAS

AK pn tunggu dr awal smpai akhir game. mmg mendebarkan, tp puas hati! aah fakri tu, semacam je. budak ofis cakap dia tamak, nak rembat gol utk dia, xmo passing kt org len. sbb tu la jadi gitu. hahaah.

nurkaloi said... BALAS

uh memang sgt rmai berpusu masuk kowt
sgt bhye
cmne laa tak mninggal adesss

Anisa Hang Tuah said... BALAS

apek hebat tangkap bola time penalti,kayaknya seperti menangkap cintaku ini

Hanamiko Sakura said... BALAS

malam tadi tengok separuh je.. tak tengok sampai abis.. mendebarkan.. takut malaysia kalah.. tapi akhirnya menang jugak!..

MiMiEy :) said... BALAS

tah pa pe je. bila malaysia dah menang tetibe pulak nak buat test segala.

yg pemain fakri tu mmg nampak macam x fokus je semalam. tp apa2 pon MALAYSIA dah menang

Nurul Marikan said... BALAS

dah macam apa dah kamek ngeraung abis2 eyh... hahhaha syg abg bad lebeyh.. hahaha

Primadona said... BALAS

Kamek pun semalam tengok kat luar dengan member.Nang seriously kinektok dah x da suara.Sakit tekak dah pa benar gila jerit malam tadik.Masa lagu negaraku ya dimainkan pun mekorang rami-rami berdiri sambil nyanyi lagu negaraku.x pernah rasa bahagia kedak tok gilak.haha

Nanan said... BALAS

nang extreme la org indon tok. ish3 harimau muda menang juak anyway! :p

Sya_Merpati Putih 88 said... BALAS

mereka terlamapu fanatik sampai lupakan keutamaan pada nyawa sendiri...sama2 kt ambil ikhtibar, slama takziah buat meraa..

ape pun kisahnya, yg penting kt dah mennang perlawanan malam td, dan kt dah pun dpt emas 2 kali bertutut2..
tue yg penting

adventure mama said... BALAS

tu la..sengal tul..marah betul OKS..hehe..tapi yang penting kite menang..:)

NadIAh AzIz said... BALAS

jelesnye dapat tgk perlawanan ni live..kat sini pun,ramai org ckp pasal ni...

Newer Post Older Post Home