Thursday, November 3, 2011

Program Seksualiti Merdeka

Semalam tengok berita, keluar berita pasal Program Seksualiti Merdeka yang mendapat banyak tentangan orang ramai. Pagi ni aku check la apa kebenda nyer la benda alah ni sebab TPM pun ada bagi dia nyer pendapat semalam. Katanya program ni bertentangan dengan budaya, agama dan adat resam kita. Tak kira lah apa agama sekalipun, benda ni memang terlarang. 

Okey, aku godek-godek, sekali aku jumpa website dia, 


"Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.


Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya"


Part yang peranggan pertama tu dah elok dah aku rasa. Aku pun dok fikir, apa salahnya kan? Tapi bila tang hujung sekali tu, aku musykil. Eh? Biar betul??? Kalau buat program ni memang seolah-olah kita meraikan dan membenarkan hubungan luar tabi'e la kan? Betulkan aku kalau salah. 

Betullah seperti TPM cakap, memanglah kita negara merdeka, negara demokrasi. Cumanya kita juga ada sensitiviti masyarakat dan agama yang perlu kita pandang serius kan? Lagilah bila kita berani isytihar kita negara Islam. Alangkan negara arab tak berani nak isytihar macam tu.. Jadi, semua benda nak kena jaga la. 

Tak dinafikan kita perlu menghormati golongan ni. Cumanya, bila sampai buat program ni, risau-risau generasi akan datang, lagi-lagi golongan remaja dan anak-anak kita nanti anggap semua ni boleh dalam agama masing-masing. Bahaya oh! Susah mak ayah nak explain karang....

Just my 2cents... Jom kongsi pandangan kalian pulak. Anything?

3 kata-kata jiwang:

oshinz said... BALAS

emmmm... lagi banggalah nanti siapa yang pegang status gay, lesbo n etc tu. ntah ape-ape je la program ni.

beautiful_rose said... BALAS

dunia kiamat...

.sweet-ants. said... BALAS

takot bila ada program ni makin ramai golongan2 mcm tu yg muncul. dunia akhir zaman... yg kafir sanggup buat aoa saja utk hancurkan ummah

Newer Post Older Post Home