Monday, November 14, 2011

Rebah Menyembah Bumi

Sabtu lepas aku kerja. Masuk office macam biasa, terus menghadap PC. Cadangnya report nak siapkan pukul 10.30 pagi sebab kena buat kerja lab pulak lepas tu. Sekali tau-tau bila report dah siap, jam pukul 12 dah. Terus send kepada Project Manager untuk disemak. 

Masa tu badan aku rasa panas semacam. Dah tu, sakit perut sangat. Pegi toilet ingatkan nak membuang. Tak tau kenapa kepala rasa berpinar-pinar. Rasa macam nak rebah pun ada. Terus keluar, rebahkan badan kat meja kawan. Okey sikit, rasa nak ke toilet balik. Masa tu memang rasa panas semacam je tu dah rasa macam panas giler. Tapi dalam masa yang sama, kaki aku sejuk, rasa nak keluar dari office tak nak kena aircond. Keluar tolet, terus aku cakap kat kawan, mintak tolong sebab rasa nak pitam.

Sejurus je cakap macam tu, terus aku terbaring kat kaki kerusi kawan. Tu memang dah tak boleh handle dah. Aku dengar apa orang kecoh-kecoh cakap, cuma mata aku tak leh buka, badan aku rasa sakit semua termasuk perut, rasa nak muntah semua ada. Habislaa... aku dah imagine kalau lah ada lelaki ni. 

Tak tau sapa angkat aku naik bilik Project Manager. Tapi memang kecoh jugak la. Sayup-sayup dengar Project Manager pun turun jugak. Soh amikkan susu suam untuk aku. Sampai atas bilik PM, dia bagi aku minum susu tu. Tapi serius terus rasa nak muntah. Gila ah. 

Terus mereka bawak aku pergi klinik. PM tu angkat. Sebelum tu rasanya kawan aku yang bawakkan. Masa ni nak je rasa nak berjalan. Gila segan kena angkat masuk kereta ke klinik. Tapi serius tak larat langsung. Kalau tak, nak je aku berjalan. 

Aku sedar apa yang jadi, Cuma badan aku memang macam tak mampu nak buat apa. Mata kalau bukak pulak sakit sebab kepala rasa pusing sangat. Tau-tau terderngar nurse kat situ cakap aku stress. Doktor pulak lelaki. ha sudah! Cakap nak bagi injection. Kat bontot. Memang cammmmm... heh! Kalau aku berdaya memang aku tak nak. Dah la aku imagine suara doktor tu sebijik macam bapak Soffiya dalam cerita Soffiya tu. Memang menakutkan ah. 

Lepas coktor bagi ubat semua, PM angkat masuk dalam kereta. Dengar kecoh-kecoh keluar macam ada kawan aku yang dah bagitau kamu. oh no! Kalau dulu-dulu couple masa kecik, sakit sikit, sibukkan nak bagitau pakwe/makwe biar mereka risau kan? Tu kecik-kecik. saja nak menguji pasangan kita ni sayang ke tidak kita. lol. Ni dah besar, sebolahnya semua benda nak simpan sendiri tak nak orang kita sayang risaukan kita.

Rupanya, semua orang umah aku dah tahu. Termasuk kamu dan family kamu. Masa kakak aku amik tu, memang bising jugak la telefon. Asyik berdering. Adoyaipun.

Kamu : Kenapa sampai boleh pengsan ni?

Aku : tak tau...

Kamu : Jangan la stress sangat,,

Aku : Eh? Bila masa? *terus rasa nak menangis* 

Kamu : Dear, be strong....

Sedih gila perasaan masa tu.. Sedih kenapa pun tak paham. Balik rumah, terus rebah ke katil. Nak makan tak larat. Memang serius sakit. Si kecik-kecik kat rumah pun tak berani nak usik aku. Tau aku sakit.

Masa menaip ni pun badan masih rasa sengal-sengal. tapi banyak lagi kerja nak diurusakan dari melayan karenah aku kan. be strong okey! 




p/s: Thanks to Nidda, Asmida, Susila, PM, Kak Zimah, Faizal yang buatkan air tak sedap dan yang lain-lain kat office. Tak tau apa jadi kalau masa tu semua orang dah balik. Fuh!

14 kata-kata jiwang:

Alia said... BALAS

hahah..kmk angkat ktk nait atas.. :P

Oshin said... BALAS

cara sakit macam keracunan makanan tapi doc cakap stress...pelik tu...kalau stress memang sakit teruk macam nih eh...takut seh kene inject huhu

jaga diri amni baik2 k...amik la mc beberapa ari...boss faham jugak tu..take care dear...

labulabi said... BALAS

iboh stress gilak.hihi.mbak elek bah.

Ezy Chiaki said... BALAS

arap kmbali sihat spt biase..
=)

Tina Johari said... BALAS

yohh. rilek2. smoga cepat sembuh. jaga dirik :D

Nanan said... BALAS

aiee iboh stress2 ktk.. mbak mkn coklat. hee. get well soon ya :)

fiezah91 said... BALAS

ilek2 deng. hehe. semoga ceat sembuh k :)

Yumida said... BALAS

lak beli gula batu ngn sidaknya yg nolong ya......

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said... BALAS

aih..kejut kak v baca entri tuk...
embak rest juak deng..ambik mc..kelak kesihatan makin terjejas lak...

~AmyLiana86~ said... BALAS

lama xjenguk amnii.semoga cepat sembuh yer..

Anne said... BALAS

get well soon dik.

beautiful_rose said... BALAS

maybe ko terlalu penat kot...jangan abaikan kesihatan.kerja penting kesihatan pun penting..

jaga diri baik2 okey =)

Namee Roslan said... BALAS

eh nampak keadaan kamu teruk. r u feeling better now ?? kena racun makanan ke ?? take care amni. buat masa ni rilex dulu. jgn fikir ape2 dan kerja k :)

Yui Light said... BALAS

Stress gylak tok...take care >.<

Newer Post Older Post Home