Thursday, November 24, 2011

Lagu Terbaik AIM 18, Sedetik Lebih by Anuar Zain

Petang-petang macam ni bila cuti, sedap je online. Sambil-sambil tu ikut perkembangan press confrence tentang Lagu Terbaik AIM 18 yang sebelum ni dimenangi oleh Yuna. Kecoh kan bila dengar cerita nak ditarik balik.

Jadi, petang ni mereka buat press conference. Tujuannya untuk mempebetulkan keputusan lagu terbaik. Kalau sebelum-sebelum ni lagu terbaik mestilah dari pemenang lagu terbaik setiap genre, pop, etnik, rock atau nasyid kan? Cuma tahun ni macam pelik. Awal-awal Yuna dah kalah kat Sedetik Lebih, tiba-tiba lagu Penakut boleh menang kat Lagu Terbaik.

Pastilah bukan salah Yuna. Yuna pun rasanya terkejut jugak nama dia diumumkan. Dan lepas tu kecoh kenapa lagu Yuna boleh menang. Tapi pada aku, kenapa nak persoalkan masa tu. Kenapa dari awal lagi pihak penganjur tak perasan dan tak terfikir ke akan dipersoalkan?

Rupa-rupanya, lagu terbaik dipilih oleh juri yang berbeza dengan juri lagu terbaik genre. Penakut mendapat markah tertinggi yang ditentukan oleh juri Lagu Terbaik. Overall, markah lagu Penakut yang paling tinggi. Maka patutnya award tu tak yah tarik balik la kan?

Tapi pihak penganjur umumkan, pemenang sebenar lagu terbaik A1M 18 adalah Sedetik Lebih. Yuna pulak dihadiahkan token penghargaan.

Persoalannya lagi, kenapa nak ada dua set juri? Kenapa tak satu set je? Bukan lagi senang ke nak buat macam tu? Aku bukan orang industri, jadi aku tak tau. Cuma aku pelik jugak la kenapa macam tu walaupun aku bukanlah kipas susah mati Yuna, tapi sebagai manusia biasa, yang melihat dan memerhati, bagi aku memang tak adil bagi pihak Yuna. Rasanya orang yang tak minat Yuna pun tak setuju anugerah tu ditarik balik macam tu kan? Dan kepada yang sepatutnya menang, nak ke terima hadiah second hand? Err....

Lagi satu, kenapa lagu Sedetik Lebih pulak nak dinobatkan sebagai lagu Terbaik? Apa kata lagu pop terbaik dibagi kat lagu Penakut. Boleh tak? Dengar cerita mereka yang pergi press conference, kebanyakan soalan pihak penganjur tak dapat nak jawab dengan jawapan yang memuaskan. Siap salahkan orang lain pulak. Tak salah kalau salah kita mengaku kan? Hemm..

Apapun, baca news esok, atau blog Gua Malaysia. Hopefully adalah jawapannya walaupun jawapan mungkin jawapan nak selamatkan diri.. Err.. Macam kes aku di office semalam.

Dengar cerita ada komuniti yang nak buat Anugerah Muzik Twitterjaya #AMTJ 2012 dan dijanjikan takkan ada anugerah ditarik balik. Agak kelakar bila part janji tu, tapi itulah yang sebaiknya. Sukan Malaysia dah maju, Industri Muzik Malaysia bila lagi kan?





P/s : Aku bukan nak jadi wartawan. Dan apa aku cakap atas ni tak semestinya betul. Cuma luahan hati aku yang memerhati...

6 kata-kata jiwang:

cikgu said... BALAS

kesian...

Juliet_iRa~" said... BALAS

pelik ek nape kena tarik blk..

wat malu je..huu

pss : aah ira gi pon sbb lawatan ipg ira..so duit minyak, tol smua ipg support..naik bas ipg kan..hee..nt g honeymoon ngan hubby la best..:)..

postage bape?heee

Anisa Hang Tuah said... BALAS

buruk siku

Namee Roslan said... BALAS

serious saya rasa kelakar gila sbb dia tarik balik. dia ptt mohon maaf pd yuna.

Sya_Merpati Putih 88 said... BALAS

sepatutnya pihak juri & penganjur buat penilaian betul2 supaya kes mcm nie tak berlaku..yuna tak salah, tp penganjur n juri yg patut bertangungjawab..

kathy said... BALAS

eh, ada main tarit balit indah..tok mesti masa molah penilaian x polah bena2..huhu

Newer Post Older Post Home