Thursday, January 12, 2012

Emosi!!

Sehari sebelum balik. aku dan kamu lepak kat Ileq-ileq Cafe. Masa aku dan kamu sampai tu, tiba-tiba ada orang tegur.

Budak tu : Eh, Amir! Dah pandai lepak sini yer sekarang? *cakap dengan nada sarcastik*

Kamu : *senyum je*

Aku : *kerut dahi*

Lepas tu dengar kawan-kawan budak tu gelak-gelak. Kamu masih senyum je. Terus gerak ke gerai kecik kawan kamu yang jual sisha. Kamu relaks, aku plak yang emosi.

Memang la emosi. Budak tu baru lagi pun ke Ileq-ileq. Kenapa tah nak cakap macam tu kat kamu.

Nak je aku cakap kat dia,

Masa 1st time Ileq-ileq dibuka, kamu la yang orang jemput untuk perform.

Owner Ileq-ileq pun dah anggap kamu macam adik siap plan nak sponsor baju untuk majlis kahwin aku dan kamu.

Kau? Ada???

Aku geram orang yang suka pandang sinis kat orang. Padahal kenal pun tak. Kawan apatah lagi. 

Ok, fine! abaikan yang itu. 

Sebelum balik tu, kamu cakap nak surprise kan aku. Kamu ke depan stage, amik microfon.

"This special song goes to my fiancee.."

Kamu tunjuk kat meja aku duduk kat belakang sekali, tanpa perasan sebenarnya aku ikut kamu ke depan stage sebab nak amik video. Kena gelak orang-orang kat meja depan dan kawan-kawan kamu.

Masa tu rasa nak menitis air mata sebab kamu nyanyi lagu Maher Zain, The Rest of My Life. Dan lagu last kamu nyanyi, Dilema betul-betul buat air mata aku mengalir. Kamu siap cakap lagi,

"Lagu ni special untuk kamu, dan lagu ni paling banyak kenangannya..."

Memang sangat banyak. Yang paling pahitnya lagu ni lagu yang kamu bawa semasa kamu digugurkan. Not that kamu tak bagus. *ini bukan puji sebab kamu tunang aku* Tapi serius tak pernah aku lihat kamu nyanyi hancur macam dalam AF. And i know you very well.. Kalau kamu stress, memang kamu tak dapat nak buat. Apapun kamu, I am very proud of you. Cuma mungkin kamu tak pernah tahu. *sebak*





p/s : Abaikan aku yang penuh dengan macam-macam emosi. 

11 kata-kata jiwang:

Faizal n Fashitah said... BALAS

Kamu..saya baruk je lunch koh kamu eh.Dia dah lunch sik kamu eh?

Shila said... BALAS

rasa sebak jugak..

sobs.. Y__Y

Primadona said... BALAS

sabar Amni.Ya cabaran untuk Amir.Apa-apa pun kitak sbg tunang just support him masa jatuh bangunnya.Chill ok sayang. :)

erolnukman said... BALAS

sob..sob..sob..kmk pun emosi juak tok..=P

mbiak baruk nak up ya..tandah nya jak.=)

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

sweet...

ztie said... BALAS

Jgn emo emo nong. Emo mbak I skali

Sr. Maryam Fatanah said... BALAS

alololo..sweetnya ! anyway amni..be strong ok?

teha said... BALAS

ololo.. emosi nyee

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

adui jangan emo2 syg..xmo sebak2..senyumm :D

Namee Roslan said... BALAS

budak tu ingat Ileq-ileq tu bapak dia punya ke. apesal plak amir n amni tak boleh lepak. buat dek jela amni. hehe. yg penting amir perform untuk amni. weeeee

Anonymous said... BALAS

alamak..sy plak rasa bgenang air mata.. amir baik sgt, untung amni. ignore je apa org nk kata k. kuatkan semangat..mgkin org tu xde niat nk perlekehkan amir.

Newer Post Older Post Home