Jangan terus membuat kesimpulan.
Kamu : B rasa abang berubah kah? (B rasa abang berubah ke?)
Aku : kenak? (kenapa?)
Kamu : Ada urang padah abang berubah.. sombong... (Ada orang cakap abang berubah.. sombong..)
Aku : Rapat sik? (Rapat tak?)
Kamu : Sik.. (Tak...)
Aku : So just abaikan....
Pada aku, kalau nak tau kita berubah ke tak, tanya dengan orang-orang yang rapat dengan kita yang ikhlas memberikan pendapat. Kalau orang yang rapat dengan kita masih anggap kita sama, jadi, abaikan yang lain-lain. Biasanya yang tak rapat dengan kita, suddenly mengaku saudara, mengaku kawan baik tu yang selalu akan memberi masalah kepada kita.
Bukanlah sombong, Cuma, tak setiap masa kita dapat layan, nak jaga hati orang sekeliling, nak ambil hati supaya orang suka kita. Letih. Jadinya, baik jadi diri sendiri kan?
Setakat ini, alhamdulillah, kamu masih orang yang sama. Mungkin dah mula pakai blackberry, dah pandai bergaya, dah ada duit poket sendiri, tapi, kamu masih kamu. Malah, layanan kamu lebih baik dengan aku, dengan keluarga aku dan keluarga kamu. Kawan-kawan baik seperti Mr. Atiqah, Razz Rozz Fazzaliman dan geng the Sains Side juga merasakan kamu masih kamu yang dulu. Berkata yang benar jika memang tahu. Sentiasa merasakan diri banyak yang perlu diperbaiki. Mudah menerima teguran walaupun pada awalnya mungkin ada percanggahan pendapat. Biasa. Lepas tu kamu akan fikir balik pandangan orang-orang yang menegur kamu. Kamu ambil yang baik, tinggalkan yang melemahkan semangat. Setakat ini. Tak tau la kalau nanti berubah kan?
Andai kata, suatu hari nanti kamu berubah ke arah yang tidak baik, boleh ramai-ramai tolong aku ketuk kamu?????
Malam tadi kat Laundry Bar for Moonshine. Kredit to Klubbkiddkl.
p/s: Kamu lebih senang kalau orang-orang di luar kenal kamu sebagai anak seni, bukan sebagai artis. Bezanya? Nanti aku explain.
8 kata-kata jiwang:
susah nak puaskan hati semua orang...
xdopt klu nk jaga ati semua org..
mmg selalu begitu, sabar je la.
dear amy/farid?
Apa yg selalu begitu? Errr.. Baca tajuk terus komen ker? Hahahaha..
kmk tolong ketuk amir klak haha
em.
walaupun kamu dah jai artis,kamu masih ada masa utk amni..
tapi 'dia' tade mase langsung walaupun bukan artis
:(
jangan pernah berubah..... :)
pandang langit...jgn sesekali lupa bumi... :)
manusia berubah sikit demi sikit. mmg susah kita nak prasan..
Post a Comment