Monday, November 7, 2011

Misteri Jalan Lama

Antara pengarah filem Malaysia yang aku minat adalah Afdlin Shauqi. Sebab aku rasa cerita dia buat memang akan lain daripada yang lain. Contoh macam papadom. Pelakon pulak, aku sangat minat dengan Que Haidar. Terlebih minat bila aku tengok Que Haidar, aku nampak kamu masa diawal perkenalan aku dan kamu. Amboiii.. Kalau pelakon wanita? Aku suka ramai. Tapi yang paling aku suka, Eja dan Vaneeda Imran. Sangat ayu. Sangat pandai berlakon. Suka gilerr...

Bila dengar Afdlin akan keluarkan filem baru, aku lah yang paling teruja. Tak kira nanti tak de orang teman ke, aku nak jugak pergi tengok cerita ni. Misteri Jalan Lama. 


Antara barisan artis lain yang turut menjayakan filem ini termasuklah, Que Haidar (Ilya), Hans Isaac ( Indra), Marion Caunter (Sania), Vanidah Imran (Queen Dewata), Nasir Bilal Khan (King Dewata), Afdlin Shauki (Harak), Liyana Jasmay, Sari Yanti dan juga Gambit Saifullah.
Kisah ini bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang ditemui 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik dan banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Sikap yang berbeza antara dua beradik ini menjadi punca masalah mereka.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Dalam perjalanan, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?
Pastikan anda menonton filem ini kerana ia bakal menjanjikan satu pengalaman baru dalam industri perfileman Malaysia. Kami kata best, anda?
sumber : Oh Bulan


p/s: cerita seram apa yang paling best kamu pernah tengok dan rasa best?


2 kata-kata jiwang:

Primadona said... BALAS

nampak macam best.Time birthday cousin kmk cerita tok keluar.Kmk pun dah off to campus.

Liyana said... BALAS

ngeee takut nye... sbb baru je lalu jalan rare mlm td sbb nak elak jam... alhamdulillah selamat sampai...

kena tgk ni...mcm best cite nye

Newer Post Older Post Home